3 Elemen Perlu Ada Sebelum Run FBads (Baca Sebelum Anda Run Apa-apa Iklan)

Sibuk? Share dulu artikel ini:

Facebook
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Betul ke..?

“Nak buat FBads ni kacang sangat! Klik sana, klik sini dah jadi…”

Percaya tak…

Kenyataan tersebut memang betul!

Nak lancarkan kempen memang mudah.

Namun persoalannya adalah…

Adakah kempen itu bakal berjaya atau hanya ke laut?

Haaa…

Nak pastikan kempen tersebut berjaya, tidaklah semudah itu.

Ada beberapa elemen penting yang anda perlu tau untuk pastikan setiap kempen yang anda buat berjaya.

Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan 3 elemen penting yang anda perlu siapkan sebelum anda nak lancarkan apa-apa kempen FBads

Ketiga-tiga elemen ini sangat penting dan sering saya tekankan dalam mana-mana kelas yang saya adakan.

Kalau kami nak buat kempen untuk klien pun, kami akan kaji 3 elemen ini habis-habisan untuk pastikan kempen tersebut berjaya capai objektif dan target yang ditetapkan.

Elemen #1 – Kenal Pelanggan

Ini elemen yang paling penting. Pastikan anda baca & fahamkan betul-betul.

Anda mungkin biasa dengan situasi di bawah:

Ali: Abu, kau nak jual ubat kurus kau ni dekat siapa?

Abu: Aku nak jual ubat ni pada semua orang yang nak kurus.

Nampak tak?

Ini kesilapan yang paling common; tak betul-betul kenal pelanggan yang mereka inginkan.

Kempen FBads anda hanya bakal membuahkan hasil jika anda kenal pelanggan anda lebih dari mereka kenal diri mereka sendiri.

Ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk anda kenal pelanggan yang anda nak. Salah satunya adalah dengan menggunakan Customer Avatar.

Customer Avatar – Cara Kenal Pelanggan

 

Ada 2 bahagian penting dalam Customer Avatar ni:

  1. Demografi
  2. Psikografi

Demografi pelanggan adalah mengenai diri pelanggan contohnya jantina, umur, pekerjaan dan di mana mereka tinggal.

Psikografi pelanggan pula ada mengenai psikologi mereka seperti impian, ketakutan dan masalah yang mereka hadapi mereka (contoh seperti gambar di bawah).

Ok, ini contoh avatar pelanggan untuk produk kurus.

Demografi:

  • Lelaki
  • Umur 25
  • Tinggal di Kuala Lumpur
  • Kerja sebagai pegawai kerajaan.

Psikografi:

  • Impian untuk kurus sebab nak berkahwin dalam masa lagi 3 bulan.
  • Mereka takut nanti bila bersanding dan bila ambil gambar nampak perut buncit.
  • Masalahnya adalah mereka sudah cuba pelbagai jenis diet dan senaman tapi berat badan masih tidak turun.

Untuk hasilkan avatar pelanggan, anda perlu buat sedikit kajian.

Kajian boleh dibuat melalui:

  • Pembacaan di blog-blog (terutamanya bahagian komen)
  • Forum
  • Facebook
  • Amazon

Elemen #2 – Copywriting


Copywriting dalam bahasa mudah adalah ayat jualan.

Ramai yang menganggap copywriting adalah ayat power dan manis persis gula-gula.

Sebenarnya, copywriting hanyalah ayat yang ditulis menggunakan bahasa yang tepat, konten yang padat dan ditujukan pada orang yang tepat.

Bahasa yang tepat ya, bukan ayat power atau janji manis.

Nota:
Kalau anda dah buat Customer Avatar dengan betul, anda akan tau apa bahasa dan ayat yang anda perlu gunakan supaya prospek terus serah duit pada anda.

Pelanggan Bukan Nak Beli Produk, Tapi…

Ini lagi satu benda penting bila anda tulis ayat iklan; anda kena tau apa sebab sebenar pelanggan membeli produk anda.

Apa sebenarnya yang mereka nak?

Apa tujuan utama mereka beli produk tersebut?

Pelanggan sebenarnya beli something yang anda jual sebab dia nak dapatkan manfaat daripada produk tersebut.

Manfaat itulah yang mereka nak sangat.

Jadi ayat iklan yang efektif adalah yang menekankan tentang manfaat yang pelanggan akan dapat daripada produk tersebut.

Anda perlu terangkan bagaimana manfaat produk dapat menyelesaikan masalah yang pelanggan sedang hadapi.

Nah, ini beberapa lagi tips tambahan untuk ayat iklan yang bagus:

  • Mengikut struktur yang teratur  (ada flow dia)
  • Mudah dibaca (bukan guna bahasa bombastik yang saintis dan doktor jer faham)
  • Ditulis menggunakan bahasa percakapan pelanggan kita (tak semestinya terlalu formal)
  • Cukup sekadar 3-5 baris sahaja untuk setiap perenggan

Dan ini antara tips paling penting yang anda wajib ingat.

Luangkan masa secukupnya untuk hasilkan tajuk yang boleh menangkap perhatian prospek dan membuatkan mereka tertanya-tanya dan ingin teruskan membaca.

Buat beberapa split testing untuk lihat tajuk mana yang paling banyak orang klik dan baca.

70% dari pelanggan membaca ayat iklan kerana tajuk. Jika tajuk tak menarik, pelanggan tidak akan membaca pun ayat iklan anda.

Elemen #3 – Gambar


Tahukah anda bahawa anda hanya ada 3 saat untuk mencuri perhatian prospek?

Sebab itu, gambar iklan memainkan peranan yang sangat penting khususnya untuk iklan di Facebook (yang sangat visual)

Kalau gambar tak menarik, prospek confirm tak perasan pun iklan anda.

Macam Mana Rupa Gambar Yang Bagus? Gambar iklan harus ada kaitan dengan tajuk iklan dan produk (bukan untuk menipu prospek supaya klik iklan anda).

Gambar yang bagus adalah gambar yang jelas menggambarkan produk yang anda jual atau apa masalah yang anda ingin selesaikan (dan untuk siapa).

Anda tak semestinya kena upah designer untuk tolong design kan gambar.

Kadang-kadang gambar yang ditangkap secara candid lebih mudah menarik perhatian prospek dan menyentuh emosi mereka.

Just untuk recap semula, ini adalah 3 elemen yang perlu ada untuk pastikan kempen FBAds anda berjaya.

  • Kenalpasti pelanggan yang anda nak
  • Tulis ayat iklan yang tepat untuk pelanggan tersebut
  • Guna gambar yang menarik untuk curi perhatian prospek

Kalau terkurang mana-mana eleman, insyaAllah kempen anda bakal ke Laut China Selatan…

Sumber Asal : Pakar Pemasaran Facebook Malaysia (Firdaus Azizi)

Nota Kaki!

Sekejap! Takkan nak pandai seorang diri je?

 

Wajib klik butang Share supaya rakan-rakan anda yang lain sama-sama pandai macam anda. =)

Bantu saya share artikel ni boleh? Sebaik-baik manusia adalah mereka yang menyebarkan manfaat... 😉

Facebook
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Artikel lain yang anda perlu baca: