5 Idea Konten – Nak Post Apa Hari Ini?
Utama » copywriting » 5 Idea Konten – Nak Post Apa Hari Ini?
Sibuk? Share dulu artikel ini:
Sekarang sana-sini, ramai usahawan asyik cakap-cakap pasal konten.
Anda sudah mula buat konten untuk marketing produk/servis anda ke? Dah guna FB/IG reels ke belum? Dah mula upload video di TikTok?
Kalau belum mula, tolong mula sekarang!
Rugi sangat kalau tak buat konten dekat reels. Sebab kita dapat reach 100% PERCUMA je~!
(Cuma perlu laburkan masa untuk hasilkan konten)
TikTok dan FB/IG reels (dan juga YouTube Shorts) ni tak sama langsung macam kita buat post biasa. Sebab post biasa akan reach ke follower kita je.
Tapi, reach untuk konten reels ni, prospek yang belum follow kita pun akan nampak konten kita.
Reach bagi reels adalah lebih tinggi dari post biasa.
“Saya memang ada plan nak buat reels… tapi tu la, takde idea la nak buat konten apa? Huhu…”
Nah, ni ada 5 idea konten yang anda boleh guna:
1) Cara-cara (Konten berbentuk how-to)
Ini konten yang kita kongsi tentang cara step by step untuk satu-satu topik
Contohnya, kalau anda jual skincare, boleh buat konten “cara yang betul untuk apply skincare”
2) Kongsi Pengalaman
Ceritakan pengalaman berkaitan niche anda.
Contoh, kalau anda buat bisnes travel… boleh bina konten tentang itinerary aktiviti dan kiraan kos untuk bercuti ke sesebuah tempat..
Contoh kedua, kalau anda buat bisnes jual produk aksesori rumah… anda juga boleh share pengalaman menghias rumah sendiri menggunakan barang yang anda jual tu.
3) Kongsi Informasi Niche
Konten informasi adalah memberi maklumat lengkap tentang sesuatu perkara.
Sebagai contoh, kalau anda buat bisnes jual kerea, boleh bina konten tentang maksud simbol-simbol tertentu di dashboard kereta.
Contoh lagi kalau jual produk skincare, boleh kongsi info berkaitan penjagaan kulit muka.
4) Isu trending
Anda boleh update isu-isu terkini yang tengah trending.
Contohnya, jika anda buat bisnes jual produk supplement minda kanak-kanak…
…dan katakan sedang trending isu penyakit berjangkit tangan kaki dan mulut (HFMD).
Anda boleh bina konten ulas isu yang sedang trending.
Contoh lagi, macam saya, bisnes saya adalah servis marketing. Ada satu masa dulu, viral isu makcik nasi lemak halau peniaga nasi lemak dari berniaga.
Saya buat konten ulas isu ini.
@danialarifofficial Kenapa Giant Mini Market Buka Dekat dengan Speedmart. #danialarif #bisnesonline #entrepreneur #tipsmarketing #tipsbisnes #bisnestips ♬ original sound - Danial Arif | Tips Marketing
5) Inspirasi
Konten berbentuk inspirasi banyak bermain dengan emosi. Konten macam ni memang mudah orang nak share.
Contoh, katakan anda jual produk digital indicator untuk trader crypto/saham… boleh bina konten cerita pasal kisah trader-trader yang berjaya di dunia.
Sekarang dah tahu nak buat konten jenis apa kan?
Pastikan konten anda ada unsur positif, ada ilmu yang sangat bernilai bagi audience kita. Barulah mudah orang nak share.
Selain tu, konten yang kita buat ni dapat naikkan kredibiliti kita.
Prospek kita akan nampak kita sebagai orang/syarikat yang pakar dalam satu-satu bidang.
NOTA KAKI:
Nak belajar strategi untuk tarik lebih ramai pelanggan membeli di web?
Jom dapatkan buku fizikal (bukan ebook) Kitab Strategi Sulit Ecommerce. Sebaik sahaja anda khatamkan buku ini, anda bakal ketahui strategi yang betul untuk buat jualan secara automatik di website.
Klik sini untuk ketahui lebih lanjut: https://danialarif.com.my/kitab-strategi-sulit-ecommerce/
Inilah Strategi Digital Marketing yang Berjaya Hasilkan Jualan RM103,694! 100% Guna Web E-Commerce!
<< Klik untuk baca selanjutnya
Bantu saya share artikel ni boleh? Sebaik-baik manusia adalah mereka yang menyebarkan manfaat... 😉
Artikel lain yang anda perlu baca: