5 Sebab Kenapa Web Ecomm Anda… Ramai Checkout Tapi Tak Ramai Beli

Sibuk? Share dulu artikel ini:

Facebook
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

(NOTA: Jika anda nak belajar strategi untuk naikkan juala ecomm… Boleh dapatkan buku Kitab Strategi Sulit Ecommerce)

Pernah kan lead dah masuk banyak kat web tapi tak ramai yang membeli. 

Ada banyak sebab yang boleh mempengaruhi prospek untuk terus bayar. Orang dah masuk kedai ni, dah add to cart, tapi tak jadi bayar.

Ini saya kongsikan 5 perkara yang prospek lihat sebelum buat pembayaran

1) Jaminan keselamatan web

Memandangkan mereka berurusan secara terus dalam web tanpa ada staff yang layan, mereka perlukan jaminan. Jaminan yang kita ni betul-betul menjual bukan scammer.

Macam mana buat prospek rasa selamat dan yakin nak membeli di web e-commerce kita, apa jaminan yang kita boleh bagi? 

Testimoni ke, aktiviti di belakang tabir ke atau gambar kita pos barang. 

Ramai orang nak jaminan yang kalau mereka bayar, mereka tentu akan dapat barangnya.

2) Polisi Return and refund

Website e-commerce besar macam Lazada dan Shopee ada polisi return and refund. Mereka buat prospek percaya nak bagi duit dan membeli di web. 

Ya, sebab klau beli di kedai, kita boleh nampak depan mata barang yang kita nak. 

Tapi, nak beli online ni kita hanya nampak dalam gambar dan video je. 

Kita pun tak pasti yang sampai nanti sama atau elok ke, rosak ke. 

Jadi, bila web kita ada polisi return dan refund, prospek lebih yakin nak bayar.

3) Masa penghantaran

Berapa lama masa diambil untuk kita hantar barang pun mempengaruhi sebelum orang nak klik buat bayaran. 

Dalam web e-commerce kita cakap siap-siap penghantaran akan dibuat dalam masa 2 hingga 3 hari bekerja. 

Kadang-kadang orang sangat concern dengan masa penghantaran barang. 

Mereka tak suka tunggu lama melainkan barang itu customade. Kena order dulu baru buat.

4) Medium pembayaran

Bab nak bayar ni pun kritikal. Kalau cara bayaran kita terhad dan tak mesra pengguna, boleh buat orang tak jadi beli dengan kita. 

Nak orang bayar tapi susahkan mereka. Dah tentu orang pergi cari tempat lain yang lebih mudah cara bayar.

Jadi, biar medium pembayaran yang kita guna tu memudahkan pengguna. Boleh guna debit card, credit card atau pun online transfer.

5) Pengurangan harga dengan kod, baucar atau kupon

Yang ini semua orang suka. 

Kalau kita perhatikan di Shopee, banyak kedai yang tawarkan harga diskaun guna kod, atau baucar. 

Pernah tengok tak kalau kita follow seller ni di shopee, akan dapat kupon less RM5. 

Tanpa fikir panjang, terus follow dan terus cari barang  apa yang kita boleh beli. Sebab dah dapat less RM5 tadi.

Mari kita semak balik adakah laman website e-commerce kita ada semua ini? Bila dah semunya cantik, senang nak buat ads tarik prospek dari media sosial untuk ke e-commerce kita.

NOTA KAKI:

Nak belajar strategi untuk tarik lebih ramai pelanggan membeli di web? 

Jom dapatkan buku fizikal (bukan ebook) Kitab Strategi Sulit Ecommerce. Sebaik sahaja anda khatamkan buku ini, anda bakal ketahui strategi yang betul untuk buat jualan secara automatik di website. 

Klik sini untuk ketahui lebih lanjut: https://danialarif.com.my/kitab-strategi-sulit-ecommerce/

Bantu saya share artikel ni boleh? Sebaik-baik manusia adalah mereka yang menyebarkan manfaat... 😉

Facebook
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Artikel lain yang anda perlu baca: