3 Cara Pemasaran Evergreen Ini Boleh Tingkatkan Jualan E-commerce Anda

Sibuk? Share dulu artikel ini:

Facebook
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

(NOTA: Jika anda nak belajar strategi untuk naikkan jualan Ecomm… Boleh dapatkan buku fizikal KITAB STRATEGI SULIT ECOMMERCE.

Jika anda usahawan online, anda perlu tahu 3 cara evergreen nak tingkatkan jualan ni. Tak kiralah anda nak merniaga di media sosial ataupun di website e-commerce.

Ini 3 cara pemasaran yang tak pernah gagal memberikan pulangan lumayan kepada bisnes.

1) Customer service yang luar biasa.

Ini bukan mitos. Kalau kita layan pelanggan dengan baik, berkata-kata yang baik dan mesra, kita dah bina trust.  

Kalau buat copywriting pun, jaga kata-kata dengan menghina masalah pelanggan. 

Kalau mereka ada masalah jerawat, jangan samakan keadaan kulit mereka dengan sesuatu yang buruk. 

Dekat e-commerce atau media sosial, buat ayat-ayat yang elok je. Kita nak selesaikan masalah mereka.

Bila mereka selesa, trust akan terbina. Jualan akan berlaku bila ada trust. Orang membeli sebab percaya kepada penjual.

Tambah pula bila mereka dah jadi pelanggan, kita ingat tarikh-tarikh istimewa customer. 

Contohnya tarikh lahir mereka, kita bagi hadiah. Secara tak langsung kita dah ikat mereka untuk jadi pelanggan setia.

2) Jaminan wang dikembalikan.

Percayalah, tak ada pelanggan yang tak suka tawaran ni. Tawaran macam ni dah lama terbukti dapat tarik ramai orang untuk cuba produk baru bagi mereka.

Lebih-lebih lagi kalau kita berniaga dalam website e-commerce. 

Contohnya kita jual payung. Kita dah buat jaminan wang akan dikembalikan kalau payung yang sampai tu rosak. Bagitahu terus cara-cara nak claim balik. 

Dah tentu orang tak fikir panjang nak beli, sebab ada jaminan kat situ.

3) Hadiah Percuma.

Percaya tak kalau saya kata ada juga pembeli yang membeli sebab ada hadiah percuma. 

Bukan secara online je, kalau kat pasaraya pun, ubat gigi yang ada hadiah percuma magkuk, yang tu kita beli. 

Atau sabun basuh baju ada percuma pinggan kaca, tak tengok jenama dah, kita terus ambil je.

Sampai hari ini, cara pemasaran ni sangat evergreen and proven record.

Nak bagi mereka lebih teringat-ingat, pastikan hadiah kita ada logo atau nama syarikat. 

Ketiga-tiga cara pemasaran ni sebenarnya boleh tarik minat prospek untuk beli di web. Tanpa kita perlu entertain pun. Rugi kalau tak guna teknik ni.

Ada yang dah buat? Tahniah!

NOTA KAKI:

Nak belajar strategi untuk tarik lebih ramai pelanggan membeli di web? 

Jom dapatkan buku fizikal (bukan ebook) Kitab Strategi Sulit Ecommerce. Sebaik sahaja anda khatamkan buku ini, anda bakal ketahui strategi yang betul untuk buat jualan secara automatik di website. 

Klik sini untuk ketahui lebih lanjut: https://danialarif.com.my/kitab-strategi-sulit-ecommerce/

Bantu saya share artikel ni boleh? Sebaik-baik manusia adalah mereka yang menyebarkan manfaat... 😉

Facebook
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Artikel lain yang anda perlu baca: