Cara Buat FB Ads yang Berkesan – Panduan untuk Newbie (Pastikan Ada 3 Elemen Ini)

fb ads berkesan

Sibuk? Share dulu artikel ini:

Share on facebook
Facebook
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Cara buat FB Ads ni sebenarnya tak susah sangat. Kalau dah biasa buat tu, klik-klik-klik je dah siap.


B
aru-baru nak belajar je kena rujuk tutorial cara buat FB ads ni. 🙂

 

Sebenarnya, cabaran buat fb ads ni bukan pada “Nak klik mana” semua tu, tapi pada teknik dan strategi untuk hasilkan iklan yang berkesan di Facebook. 


Sebelum itu, nak kongsikan formula ca
ra buat FB Ads yang berkesan:

C+T+P=IP

Eh… formula apa pula ni? Saya nak belajar cara buat Fb Ads je”

Sabar dulu, nak belajar kena banyak bersabar. 😉

Formula fb ads ini merujuk kepada:

C=Copywriting
T=Targeting
P=Placement
IP=Iklan Power

Maksudnya, untuk buat facebook ads, anda perlu pastikan copywriting power (ayat iklan), targeting tepat dan letakkan iklan di tempat yang betul.

Ya, betul, ketiga-tiga elemen wajib ada.

Kalau tak, iklan anda ke laut pasifik.

Soalnya, susah ke nak pastikan 3 elemen ni ada pada iklan anda?

Sebenarnya tak, ianya tak susah.

Cuma, ianya perlukan sedikit usaha

Macam Mana Nak Buat Copywriting Yang Power?

Sebelum cerita lebih lanjut tentang cara buat fb ads… kita belajar sikit tentang copywriting.

Copywriting ini sangat penting kalau anda serius nak tau cara buat FB Ads yang berkesan.

Anda tau tak copywriting tu apa?

Copywriting tu sebenarnya ayat iklan je, cuma dalam dunia pengiklanan ianya dipanggil copywriting.

Okay, berbalik pada topik asal.

Macam mana nak buat copywriting yang power ni?

Jawapannya, pastikan copywriting anda ada 5 perkara ni:

  • Headline (tajuk) yang menarik
  • Intro yang memancing (buat prospek baca iklan sampai habis)
  • Offer yang meleleh
  • Arahan yang power (buat prospek teruja nak pm anda)

Headline adalah tajuk ayat iklan anda. 70% keberkesanan ayat iklan bergantung pada headline.

Fungsi headline ni sama macam headline surat khabar atau tajuk buku, ianya bertujuan untuk melariskan jualan.

Headline yang menarik juga akan buatkan prospek teruja untuk klik dan baca fb ads anda. 

Cara buat FB Ads yang berkesan adalah anda kena banyakkan berlatih menulis headline. Sebab, headline copywriting yang menentukan samada orang nak klik atau tak iklan anda.

Kalau produk power tahap langit ke-21 sekali pun, ianya tak akan laku kalau anda tak berjaya tarik perhatian prospek untuk klik fb ads anda.

Jadi… macam mana nak buat headline yang menarik ni?

Mudah je.

Pastikan headline anda “simple”, “straight to the point” dan mudah difahami.

Kalau anda jual ubat kurus, pastikan terus je cerita pasal masalah yang prospek anda hadapi.

Contoh:
“Tak Pernah Cuba Macam-macam Jenis Diet? Tapi Masih Tak Berjaya Tuurunkan Berat Badan?”

Ya, headline macam ni pun dah okay.

Sebab ianya “straight to the point” dan siapa yang ada masalah tersebut akan tertarik untuk baca iklan anda.

Sekarang cerita tentang intro pula.

Anda perlu buat intro yang boleh memancing prospek untuk baca iklan anda sampai habis.

Macam mana caranya?

Ada banyak formula, tapi biasanya saya akan tulis situasi yang mungkin dihadapi oleh prospek.

Contoh, intro bagi ubat kurus:
“Biasanya, orang yang nak kurus ni dah cuba macam-macam diet. Diet Atkin la, Diet Mediterenean la. Tapi, tak juga kurusnya. Silap-silap makin naik lagi ada la. :’(“

Kenapa intro jenis macam ni dapat pancing prospek untuk baca iklan anda sampai habis?

Sebab, prospek akan rasa macam iklan ni sedang bercakap tentang dirinya, dia rasa nak tau lebih lanjut lagi.

Tapi soalnya, macam mana nak tau apa situasi yang sedang prospek hadapi?

Mudah je, call pelanggan anda yang dah “repeat order” produk anda lebih dari 3 kali.

Temuramah mereka, tanya kenapa mereka beli produk anda?

Apa situasi yang mereka hadapi sebelum ni?

Apa usaha yang mereka pernah cuba tapi gagal?

Akhir sekali, copywriting tak akan jadi power dengan headline dan intro je, ianya memerlukan 1 tawaran yang meleleh untuk pastikan prospek rasa teruja untuk terus dapatkan produk anda.

Ada banyak jenis tawaran yang oleh buatkan prospek meleleh, tapi saya kongsikan 3 jenis dulu:

  1. Offer free gift – Berikan free gift yang berkaitan dengan produk anda. Sebagai contoh, kalau jual ubat kurus, boleh offer ebook percuma, bagi ebook tentang resepi sihat.
  2. Jaminan pulangan wang – Ni tawaran paling berkesan. Katakan anda jual ubat kurus, boleh tawarkan pada prospek, kalau mereka tak berjaya turunkan berat lepas 90 hari cuba produk anda, anda akan pualngkan wang mereka.
  3. 1-1 Warranty – Tawaran ni sesuai kalau anda jual produk elektronik atau gajet. Kalau produk yang dibeli tu rosak dalam masa 1 tahun, anda tawarkan pada prospek untuk tukar baru terus, bukan repair.

Cukup ada semua elemen ini pada ayat iklan, ianya akan buatkan prospek teruja nak klik dan respon pada fb ads anda.

Okay, jom kita masuk dalam aspek teknikal pula. Bahagian paling penting dalam artikel cara buat FB Ads ni.

(NOTA: Saya sedang siapkan sebuah ebook bertajuk “Kitab Copywriting”. Dalam e-book ini saya nak kongsikan panduan lengkap langkah demi langkah untuk buat ayat iklan yang memukau. Follow dan set see first FB saya supaya sentiasa dapat update terkini.)

Cara Buat FB Ads yang Berkesan – Menentukan Targeting 

cara buat fb ads punya targeting


Cara buat fb ads
yang berkesan adalah, kena pastikan iklan anda disasarkan pada golongan yang tepat.

Caranya, spesifikkan kepada siapa iklan tersebut ditujukan.

Contoh, ubat kurus mungkin sesuai untuk wanita dan lelaki, umur 25-50.

Tapi, target ni terlalu umum . Ianya tak spesifik dan tepat.

Anda boleh cuba spesifikkan lagi.

Contoh :

  • Jantina: Wanita
  • Umur: 25-35
  • Status: Bujang
  • Masalah: Berat badan berlebihan sampai rasa kurang yakin untuk cari jodoh.
  • Lokasi: Pusat Bandar

Ini contoh targeting yang tepat dan spesifik.

Sebenarnya, tak kisah anda buat iklan guna medium online atau offline, anda tetap perlu target pada golongan yang spesifik.

Kalau guna FB Ads, anda boleh setting dalam ads manager, kalau anda buat iklan offline, berdasarkan targeting, anda boleh pilih nak iklan di mana.

Kalau target wanita bujang, mungkin boleh letakkan iklan anda di stesen LRT yang berdekatan dengan pejabat.

Pokok pangkalnya, letakkan iklan di tempat yang betul. Kita akan cerita tentang Placement pada bahagian seterusnya.

Placement FB Ads

placement untuk cara buat fb ads

Apa tu “placement”?

“Placement” ni adalah lokasi, atau medium dimana anda paparkan iklan anda.

Nak pasang iklan dekat FB ke IG? 

(NOTA Cara buat fb ads yang berkesan: Iklan di IG juga dibuat dari platform FB Ads. Anda perlu test kedua-dua placement dan tengok mana yang lebih berkesan)

Soalnya, apakah “placement” yang paling power?

Jawapan bagi soalan ni, semua tempat boleh jadi power. Ianya bergantung pada targeting anda.

Sebagai contoh placement bagi targeting ubat kurus (rujuk pada contoh targeting diatas tadi)

Anda boleh iklankan di FB… tapi, tak semua golongan anda boleh capai dengan FB semata-mata.

Sebagai contoh, untuk sasarkan iklan pada golongan muda, anda kena pasang juga iklan di IG. 

Kesimpulan

FB ads yang berkesan perlukan copywriting yang power. Anda perlu target iklan pada golongan yang tepat dan letakkan iklan anda di tempat yang betul.

Ketiga-tiga elemen ni wajib ada.

Mulai dari hari ni dan sampai bila-bila, pastikan anda ingat formula ni setiap kali nak buat fb ads.

Harapan saya, sebaik sahaja anda habis baca artikel ini, anda tahu serba sedikit tentang cara buat fb ads yang berkesan.

Ada soalan?

Join group FB “Jemaah Kelas Online Danial Arif (klik untuk join)” dan postkan soalan anda dalam group tu ya? =)

Saya cuba jawab apa-apa soalan berkaitan cara buat FB Ads.

 

Bantu saya share artikel ni boleh? Sebaik-baik manusia adalah mereka yang menyebarkan manfaat... 😉

Share on facebook
Facebook
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Artikel lain yang anda perlu baca: