3 Platform Bina Web Ecommerce & 3 Tips Wajib Tahu untuk Buat Website yang Boleh Convert Jualan
Sibuk? Share dulu artikel ini:
Masih ramai lagi yang confuse tentang pemilihan platform untuk bina web e-commerce dan cara buat web yang convert.
Mungkin ramai tahu kelebihan website e-commerce dan nak start buat website, tapi tak tahu nak guna platform apa.
Web e-commerce ni sebenarnya sangat penting kerana ia seakan-akan kedai untuk online store anda.
Kalau anda ada physical store, mesti nak susun cantik-cantik dan kemas supaya pelanggan lebih tertarik untuk beli produk anda.
Sama juga dengan website, anda mesti buat website e-commerce yang cantik dan menarik agar prospek beli produk anda. Selain itu, anda juga kena buat web yang convert untuk dapatkan sale.
Kalau tersalah langkah, silap-silap takde pelanggan yang akan beli di web anda.
KPI yang Paling Penting untuk Web E-commerce
Apa KPI web yang convert? Keadaan macam mana yang boleh dikatakan web tersebut convert?
Web yang convert adalah web yang boleh tukarkan 2% pelawat menjadi pelanggan. Atau kata lain, jadikan 2 dari 100 pelawat sebagai pembeli. Ini adalah KPI minimum bagi web e-commerce.
Kalau conversion website anda kurang dari 2%, bermaksud website anda tidak convert atau tak cukup sale. Kalau ini yang berlaku pada anda, anda mesti lakukan sesuatu.
Anda kena tahu yang bukan semua orang yang masuk ke web e-commerce anda adalah pembeli.
Ramai orang suka browse dan scroll di web e-commerce, add to cart, tapi tak beli pun.
Jadi anda perlu follow-up prospek untuk pastikan web anda mencapai minimum 2% conversion rate.
Macam Mana dengan Baki Pelawat Lain yang Klik Masuk Web Tapi Tak Beli?
Ya, memang akan ada prospek yang klik masuk tapi tak beli pun.
…dan ada juga prospek yang dah add to cart, tapi tak bayar. Macam mana nak buat?
Anda kena follow up dengan prospek. Ada beberapa cara mudah nak follow up prospek, termasuk jalankan iklan retargeting (aka teknik SAKA) dan kempen email marketing.
Selain dari email dan iklan retargeting, anda juga boleh call terus prospek-prospek yang dah checkout tapi tak buat pembayaran.
…dan call adalah cara follow-up yang paling efektif!
Tiga platform e-commerce yang terbaik
Sebenarnya ada banyak platform untuk e-commerce. Tapi dalam artikel ni, saya nak kongsikan 3 platform yang terbaik. Platform 1 & 2 tu paling sesuai untuk newbie.
3. EasyStore
EasyStore.com merupakan platform paling mudah untuk create website e-commerce.
Anda hanya perlu beli domain untuk website anda, dan subscribe EasyStore. Domain adalah alamat website anda, contoh abc.com, yang melambangkan company atau produk anda.
Harga domain adalah berbeza, serendah RM5 hingga mencecah ribuan ringgit setahun.
Domain website perlu renew setiap tahun. Harga renew adalah berbeza mengikut domain.
Sebagai contoh, renew .COM dengan harga RM50 setahun. Kalau .COM.MY, renew dengan harga RM80 dan .MY pula renew dalam RM120 setahun.
Untuk subscribe EasyStore pula, ada pakej-pakej yang ditawarkan dengan harga yang berbeza. Pakej paling murah adalah RM50 sebulan.
Mudah sangat nak buat website, siap boleh terima bayaran online banking dari pelanggan. Semudah nak buat slide power point je! 🙂
EasyStore.com ni memang habis mudah untuk newbie yang baru nak start guna website e-commerce.
Semua layout dah disediakan, anda hanya perlu tulis post dan pilih warna yang sesuai. Memang sangat simple, tak perlu nak fikir benda-benda technical.
Tapi ada kekurangannya. Pilihan themes and susunan layout adalah terhad, dan beberapa lagi apps dan function yang takde berbanding Shopify dan WordPress.
2. Shopify
Shopify lebih advanced berbanding EasyStore, tapi harga kapak sikit lah haha. Shopify adalah produk Canada, so harga subscription bulanan dalam USD.
Walaupun harga kapak, tapi Shopify tawarkan lebih banyak pilihan themes dan apps yang lebih banyak berbanding EasyStore.
Sebagai contoh, anda nak buat countdown untuk offer dan promotion, anda boleh masukkan timer. Macam-macam lagi apps tambahan yang ada, tapi setiap apps tambahan tu ada bayaran extra.
Subscription bulanan hanya basic Shopify. Untuk website yang lebih canggih, anda kena bayar lebih.
Tapi kelebihannya, anda akan dapat website yang advanced, yang best, mudah untuk setup dan lebih banyak pelanggan akan convert.
1. WordPress
Gabungan WordPress dan WooCommerce adalah platform terbaik untuk e-commerce. Saya sendiri buat web e-commerce guna WordPress dan WooCommerce.
WordPress ni memang customizable, susunan layout semua terpulang pada anda.
Sebagai contoh, anda boleh set certain gambar atau features untuk sentiasa ada bila orang scroll. Banyak benda yang anda boleh customize sendiri!
Cuma, kekurangan WordPress adalah ianya agak teknikal untuk setup. Newbie yang baru nak bermula mungkin akan ambil masa 1-2 bulan untuk belajar.
Theme & Builder Terbaik untuk Bina Web E-commerce Menggunakan WordPress
Pada pendapat saya, untuk bina web e-commerce, theme Astra dan builder Elementor adalah yang terbaik.
Dengan adanya gabungan ini, semuanya customizable. Anda boleh design ikut kreativiti anda dan mudah nak tweak untuk jadikan web anda mudah convert.
Anda tak perlu beli apps tambahan untuk bagi cantik dan convert. Hanya theme Astra dan Elementor, dah boleh buat macam-macam benda.
Bila nak ada website e-commerce kat WordPress, anda kena beli domain dan hosting. Domain ni macam alamat, hosting pula ibarat tapak untuk bina kedai.
Kalau EasyStore dan Shopify, ibarat anda hanya beli alamat dan sewa kedai. Mungkin renovate, cat sikit dan touch up kedai, dah settle.
Bila guna EasyStore & Shopify ni, tak boleh la anda nak ubah design sesuka hati sebab anda ibarat sewa kedai. Nak renovate sikit-sikit boleh la. 🙂
WordPress pula ibarat anda beli alamat, tapak dan bina kedai sendiri. Anda boleh design dan susun sendiri kedai anda, terpulang pada citarasa anda.
Jadi, gabungan WordPress dan Woocommerce ditambah dengan theme Astra dan Elementor adalah pemilihan platform terbaik untuk buat web yang convert.
3 Elemen Paling Penting untuk Buat Web yang Convert
Macam mana nak buat web yang convert? Ada banyak ciri-ciri, tapi beberapa elemen penting untuk conversion:
1. Copywriting
Ini elemen paling penting.
Ramai yang ada website tapi tak buat copywriting betul-betul. Description produk pun ala kadar, asal ada je.
(Ada yang hanya tulis 3 baris ayat je. Tapi, harapkan pelanggan berduyun-duyun beli di website)
Bila cerita bab copywriting ni, perkara paling penting adalah headline.
Sama je macam tulis copywriting untuk ads, untuk website pun headline copywriting kena menarik. Supaya ianya betul-betul menagnkap perhatian prospek untuk baca sampai bawah. Copywriting dalam web kena menarik dan masukkan unsur-unsur emosi dan psikologi.
Kalau nak tarik traffic melalui fb ads, copywriting kena bermain dengan emosi , barulah prospek rasa tertarik nak klik.
Selain dari bab headline, dalam web kita juga kena sediakan info yang lengkap.
Antara maklumat yang perlu ada dalam description produk adalah:
- Saiz produk (ukuran lebar, panjang atau tinggi)
- Berat produk (bukan semua produk perlu nyatakan berat)
- Material & kelebihannya (produk fesyen wajib ada info ni)
- Tempoh masa pengeposan
- Berikan 1 tawara yang meleleh (contoh: free gift)
Kalau close sale melalui whatsapp, prospek boleh tanya soalan dan anda boleh terangkan.
Tapi, bila buat jualan guna website, ada satu barrier yang besar antara bisnes anda dan prospek.
Jadi, anda kena pastikan semua maklumat lengkap dan semua persoalan prospek ada dijawab dalam website.
Sebab tu saya katakan copywriting yang mainkan peranan penting. Kalau info tak lengkap, copywriting tak menarik, prospek mungkin akan terus tutup website kita.
2. Flow/Proses Jualan
Flow jualan yang straightforward adalah sangat penting untuk conversion rate yang tinggi.
Maksudnya, tak perlu banyak steps untuk buat jualan.
Kalau boleh hanya ada 3 langkah ni je:
- Add to cart
- Checkout
- Bayar
Tak perlu banyak-banyak steps macam kena create account, login dan segala proses yang renyah.
Biasanya website yang ada banyak steps macam ni, conversion rate memang ke laut.
Kalau anda guna WordPress, anda boleh set setiap kali orang klik add to cart, automatically akan redirect ke page cart. Ini juga akan mendorong prospek untuk terus isi form dan bayar.
3. Loading speed
Loading speed yang cepat boleh naikkan rate conversion. Prospek takde masa nak tunggu website loading sampai 30 saat. Kemungkinan, prospek akan terus close website.
Untuk e-commerce store, the best loading speed adalah bawah 6 saat. Lebih dari tu dianggap lambat.
Impak dari website loading lambat ni adalah, bazir bayar duit iklan. Sebab, kita keluar kos buat iklan, tapi bila prospek klik dan loading lama sangat, prospek akan keluar semula.
Jualan pun RM00.00! :’)
Kesimpulan
Serba sedikit tentang pemilihan platform untuk website e-commerce dan juga tips-tips penting nak buat web yang convert. Moga perkongsian kali ini bermanfaat buat anda 🙂
<< Klik untuk baca selanjutnya
Bantu saya share artikel ni boleh? Sebaik-baik manusia adalah mereka yang menyebarkan manfaat... 😉
Artikel lain yang anda perlu baca: