
Ini 5 Sebab Kenapa Bisnes Online Perlu Guna Website Ecommerce (Hint: Dapat Buat Jualan 100% Auto)
Utama » E-Commerce » Kenapa Perlu Bisnes Online Guna Ecommerce

Sibuk? Share dulu artikel ini:
(NOTA: Jika anda nak belajar secara strategi bina dan kembangkan bisnes online guna website ecommerce… Dapatkan buku fizikal KITAB STRATEGI SULIT ECOMMERCE.)
Zaman sekarang lebih ramai orang membeli secara online kalau nak dibandingkan dengan sebelum ni. Dulu orang guna internet untuk hantar emel je dan buat kerja research je, sekarang tak.
Shopping pun secara online. Mudah, cepat, jimat masa dan jimat tenaga.
Sebut pasal jual beli online ni, nak tanya sikit… anda tahu tak tentang ecommerce?
Tak tahu langsung?
Tahu… tapi masih samar-samar?
Tak apa, saya kongsikan sikit tentang apa itu ecommerce.
Apa Itu Ecommerce?
Ecommerce ni adalah asal dari perkataan Electronic Commerce… ianya satu proses jual/beli melalui sistem elektronik.
Atau dalam bahasa yang mudah faham, ecommerce ni kedai online yang ada sistem shopping cart, ada cara bayaran secara online.
Macam Lazada, Shopee dan Amazon. Ini adalah salah satu jenis ecommerce. Lazada & Shopee ni dipanggil sebagai marketplace ecommerce.
Ada satu lagi jenis ecommerce adalah, web ecommerce milik kita sendiri. Maksudnya website kita sendiri, jual produk/servis kita sendiri dan takde kongsi dengan mana-mana peniaga lain.
Prospek masuk web ecommerce, hanya nampak produk/servis dari kita je. (Tak perlu nak risau prospek beli dari peniaga/pesaing lain macam menjual dalam Shopee atau Lazada tu. 😂)
Bila ia dilakukan secara online, produk kita boleh sampai kepada ramai orang tak kira jauh atau dekat. Selagi pelanggan ada internet, tak ada batasan dalam bisnes kita untuk sampai kepada mereka.
Majoriti orang Malaysia dah mula biasa beli secara online. Sampai gudang J&T tu penuh lah. Tak cukup dengan itu, syarikat penghantaran lain pun sama.
Sekarang, permintaan dan pengetahuan orang ramai mengenai online dah meluas. Jadi, rugi kalau tak manfaatkan bisnes dengan e-commerce ni.
Jika anda pemilik bisnes, saya kongsikan 5 kelebihan e-commerce untuk anda.
#1- Mudah Kembangkan Bisnes (Bisnes Berjalan 24 Jam Tanpa Henti)
Bila buat bisnes online guna web ecommerce ni, tak sama macam kita close sales whatsapp.
Kalau kita guna whatsapp untuk close sale, bukan 24 jam kita dapat layan.
Paling-paling lewat pun, dapat layan sampai 6-7 petang macam tu. Malam mesti nak rehat.
“Oo… Saya ada staff yang jaga whatsapp. Memang tu KPI mereka kena reply bila-bila masa dan kena reply dengan pantas”
Kita kena faham, zaman dah berubah. Zaman sekarang ramai tenaga kerja dah mula demand mahukan “WORK LIFE BALANCE”.
Kalau kita push mereka kerja tanpa ambil kira masa rehat dan kehidupan mereka, kita sebagai orang bisnes juga susah. Staf asyik keluar masuk, asyik kena cari staff baru je.
Tambahan lagi, anak-anak muda zaman muda zaman sekarang ni, ada banyak pilihan. Kalau mereka tak suka kerja, mereka berhenti je. Sebab boleh buat Grab, Foodpanda atau LalaMove.
Jadi, solusi paling efektif adalah, kena AUTO-kan proses jualan.
Kita sebagai pemilik bisnes kena kurangkan kebergantungan pada sumber manusia yang ramai.
Sebab, bisnes online sekarang ni kena mula guna web ecomm dah untuk buat jualan.
E-commerce merupakan kedai online yang beroperasi 24 jam sehari. Dibuka setiap hari selama 7 hari seminggu.
Ia adalah cara paling terbaik nak kenalkan bisnes kepada orang ramai.
Sebab dengan menggunakan e-commerce, kita akan dapat capaian kepada audiens yang lebih luas. Website kita boleh di akses oleh berjuta orang.
Prospek boleh masuk bila-bila masa, mereka terus boleh baca maklumat tentang produk/servis kita. Kita pun tak payah nak layan tenagkan satu-satu kepada setiap orang prospek.
Sebagai pendiri bisnes, kita dah tak perlu nak upah ramai-ramai staff untuk layan Whatsapp.
Kos Overhead Berkurang = PROFIT MENINGKAT
#2- Pelanggan Mudah Membeli
Bisnes online yang guna sistem ecommerce lebih memudahkan pelanggan untuk membeli.
Kedai online kita sentiasa buka, jadi pelanggan boleh membeli tak kira masa atau tempat. Mereka tak perlu fikir kos perjalanan dan masa.
Tambah pula, mudah untuk buat pilihan tanpa gangguan.
Cuba tengok di Lazada dan Shopee, 24 jam buka. Percaya tak ramai yang membeli jam 2 pagi, jam 3 pagi?
Sebab ada je pelanggan yang kerja shift malam, jadi mereka guna masa rehat sewaktu jam 3-4 pagi untuk beli produk-produk yang mereka mahukan.
Tak percaya? Cuba anda buka shopee live, jam 4 pagi, anda boleh tengok sendiri ada yang masuk live dan buat pembelian.
Trend membeli sekarang dah lebih kepada online. Lebih-lebih lagi industri fesyen.
Industri fesyen macam pakaian, aksesori dan footwear adalah sektor e-commerce nombor 1 di dunia. Dan nilai pasaran dia adalah sebanyak $759.5 billion pada tahun 2021.
Dijangka akan meningkat kepada $1.0 trillion pada tahun 2025. Wow!
#3- Mengurangkan Kos Operasi Bisnes
Kos untuk website jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan kos kedai fizikal.
Dengan kos sewa, segala macam bil utiliti, malah kena bayar beberapa orang pekerja.
Sekarang, seorang pekerja dah kena bayar gaji minima RM1,500. Kalau 2 orang? Kalau 3 orang?
Dengan adalanya e-commerce, tak perlu ramai-ramai staff. Malah, boleh urus bisnes hanya dari rumah.
Kita pun boleh kurangkan kos bayar staff yang buat close sale dari whatsapp. Pelanggan yang nak beli dari website dah tahu cara pembayaran. Semua dah dipaparkan.
Pembeli boleh terus buat pembayaran. Mudah kan?
#4- Target Pelanggan yang Sama (Dapat Buat Jualan Melalui Repeat Order)
Webstie e-commerce akan simpan semua data pelanggan kita. Semua data-data ni kita boleh guna untuk strategi marketing akan datang.
Dengan data yang ada, kita dapat “OPTIMIZE” ads dan kempen pemasaran digital, target terus prospek yang memang ada kemungkinan yang tinggi untuk membeli.
Data apa yang boleh dapat dari website ecommerce kita?
- Data demografi
- Produk dibeli
- Produk dilihat
- Produk dikongsi
- Masa berapa lama berada di website
- Masa pembelian
Dan banyak lagi sebenarnya. Jadi kat sini kita terus boleh nampak produk mana yang paling disukai pelanggan.
(NOTA TEPI: Data-data ini boleh didapati jika anda pasang Google Analytic pad web ecommerce anda)
Semua data ni sangat membantu untuk kita untuk buat marketing. Untuk masa akan datang, kita boleh guna target pelanggan yang sama untuk tingkatkan jualan.
Satu lagi perkara menarik, website ecommerce ni ada simpan sekali semua data-data pelanggan kita (contoh: nama, alamat, no telefon dan email)
Kalau nak keluar produk baru, blast je kempen dan iklan ke database pelanggan yang ada.
Jika dibuat dengan betul, profit dari hasil launching produk dalam masa 24 jam je, boleh cover sebulan punya jualan dah.
Tapi, nak capai tahap macam ni, mesti kena ada database pelanggan sekurang-kurangnya 1000 dan kena ada la buat CRM sekali. 😀
Pernah dengar ‘Databased is King’? Ini lah dia. Lagi banyak database kita ada, lagi tinggi jualan kita boleh buat.
Tengok contoh macam McD je la, agak-agak berapa banyak jualan yang mereka buat hanya dengan repeat order dan launching produk baru? 😉
#5- Bisnes Online Anda Berjalan Secara AUTOMATIK 🤑
Betul ke bisnes boleh berjalan secara AUTOMATIK?
Ya, cuma, bukanlah 100% automatik. Kita masih perlu jalankan operasi packing dan poskan order.
Tapi, proses jualan tu ya, memang 100% boleh AUTOMATIK!
Sebab kedai kita buka 24 jam sehari selama 7 hari tanpa perlu monitor setiap masa.
Kita tidur pun website ecommerce kita bekerja dan tolong layan pelanggan yang datang.
Kita tak perlu ada staff yang nak urus close sale, nak hafal skrip melalui whatsapp dan sebagainya. Sebab ianya melibatkan pelanggan dan website je.
Bila kedai berjalan tanpa kena monitor setiap masa, kita dah automasikan bisnes kita. Ini lah yang diimpikan pemilik bisnes.
Kesimpulan
Jika anda pemilik bisnes, dan anda nak kembangkan bisnes supaya pergi lebih jauh, anda patut mulakan buat ecommerce sekarnag.
Sebab ia boleh jimatkan wang, mudahkan marketing anda, mudahkan bisnes anda dan databased pun mudah diuruskan. Malah anda boleh upgrade bisnes dan pergi ke peringkat GLOBAL!
Run ads, target negara luar. Prospek dari oversea datang beli di website anda. 😎
NOTA KAKI:
Boleh dapatkan buku fizikal KITAB STRATEGI SULIT ECOMMERCE.
Dalam Kitab Strategi Sulit Ecommerce, saya juga ada tunjukkan sampel contoh web ecommerce saya yang lain.
Saya juga ada kongsikan template blueprint design web ecommerce yang boleh bantu naikkan kadar jualan anda.
Selain itu, ada juga ditunjukkan strategi ads untuk buat jualan 100% auto.
Boleh beli disini: https://danialarif.com.my/kitab-strategi-sulit-ecommerce/

Inilah Strategi Digital Marketing yang Berjaya Hasilkan Jualan RM103,694! 100% Guna Web E-Commerce!
<< Klik untuk baca selanjutnya
Bantu saya share artikel ni boleh? Sebaik-baik manusia adalah mereka yang menyebarkan manfaat... 😉
Artikel lain yang anda perlu baca: