Kenapa Sales Web Ecomm Sendu? (HINT: FUNNEL)
Utama » E-Commerce » Kenapa Sales Web Ecomm Sendu? (HINT: FUNNEL)
Sibuk? Share dulu artikel ini:
(NOTA: Jika anda nak belajar secara strategi bina dan kembangkan bisnes online guna website ecommerce… Dapatkan buku fizikal KITAB STRATEGI SULIT ECOMMERCE.)
9 dari 10 prospek yang masuk dalam web ecomm kita tak buat pembelian! 😰😨😱
(Maksudnya, prospek klik ads kita, masuk tengok-tengok, lepas tu keluar. Hanya 1 dari 10 orang prospek je akan terus buat pembelian!)
Kenapa jadi macam ni? 🤔
Untuk jawab soalan ni, kita kena faham satu perkara… iaitu customer’s journey.
Ni nama canggih la, benda ni la yang sifu-sifu duk panggil FUNNEL tu. 😊
Customers’ journey ni adalah, satu proses yang prospek lalu sebelum membeli sesuatu produk atau perkhidmatan.
Ada 3 fasa dalam customers’ journey ini adalah:
Fasa ‘awareness’.
Fasa ini adalah saat kali pertama prospek tahu dan nampak produk kita. Pada fasa ini, awareness tentang produk kita perlu sampai target market kita. Biar seramai mungkin target market nampak dan kenal produk kita.
Fasa ‘consideration’.
Fasa apabila prospek mula berminat untuk tahu dengan lebih lanjut tentang produk.
Mereka dah mula berminat. Mereka sedar produk kita dapat bantu selesaikan masalah yang dihadapi. Jadi, mereka akan mula baca dengan lebih lanjut.
Fasa ni adalah yang terbaik untuk kita cerita kelebihan produk dan kenapa kita berbeza dengan pesaing.
Fasa ‘conversion’.
Prospek membuat keputusan untuk membeli. Mereka bayar dan bertukar menjadi pelanggan kita.
Apabila kita faham peta customers’ journey ni, kita akan lebih tahu kat mana masalah sebenar kempen pemasaran kita?
Adakah pada fasa 1? Adakah tak cukup ramai yang tahu tentang produk kita?
Atau adakah pada fasa dua? Kenapa prospek dah masuk web ecomm kita tapi masih tak beli?
Atau, adakah pada fasa ke-3? Kenapa prospek dah add to cart atau dah checkout, tapi , masih tak lengkapkan proses sampai bayar?
Apabila kita dah tahu kat mana prospek kita stuck, kita tahu dekat mana nak kena “repar”.
Sebab tu customers’ journey boleh mempengaruhi sale.
Kita tahu berapa ramai yang nampak, berapa ramai yang aware, kemudian berapa ramai yang berminat, dan membeli.
Sekiranya ramai yang stuck pada fasa kedua, apa tindakan kita? Dan begitulah seterusnya.
Tak Nampak secara jelas lagi?
Contoh, produk kecantikan, lipstick.
Kita buat posting bergambar, warna-warna lipstick yang sesuai dengan pelbagai jenis kulit dari jenama anda.
Kemudian kita run ads.
Ini fasa awareness. Kita dapat lihat capaian pada posting tadi banyak. Jadi, fasa ini tak ada masalah.
Jika capaian rendah, boleh perbaiki dari sini. Sebab dah tentu fasa dua dan 3 takkan pergi jauh.
Reach dah tinggi, tapi sales masih sendu? Okay, kita diagnos fasa 2 pula.
Dekat mana sangkut?
Adakah tak ramai prospek yang klik link pada ads? Kalau tak ramai, maksudnya ads kita tak menarik. Kena cuba eksperimen guna angle copywriting dan gambar lain.
Ramai yang klik link pada ads dan masuk web, tapi sales masih sendu? Maksudnya, salespage atau web ecomm kita ada masalah tak convert.
Mungkin copywriting salespage kita tak meyakinkan? Mungkin website kita loading lambat?
Kena semak balik web ecomm kita dan cari punca masalah prospek stuck.
(NOTA: Biasanya sekurang-kurangnya 1.5% dari audience yang kita reach akan klik link. Bagi salespage pula, sekurang-kurangnya 2% dari prospek yang dah masuk web mesti convert jadi pelanggan)
Ramai dah add to cart dan checkout, tapi tak ramai yang beli?
Semak balik, kenapa ramai prospek tak checkout dan bayar?
Mungkin mereka nak bayar pakai kad kredit, tapi web kita takde pilihan pembayaran melalui kad?
Mungkin mereka dah isi form dan klik butang untuk bayar, tapi loading lama sangat?
Mungkin proses checkout kita memeningkan? (Pengguna platform presta shop selalu hadapi masalah ni, checkout form susunan berterabur)
Bila kita nak sales web ecomm kita sangkut, kita kena semak balik customers’ journey .
Pemetaan customer’s journey akan membantu kita tahu dekat mana punca sales kita stuck.
NOTA KAKI:
Boleh dapatkan buku fizikal KITAB STRATEGI SULIT ECOMMERCE.
Dalam Kitab Strategi Sulit Ecommerce, saya juga ada tunjukkan sampel contoh web ecommerce saya yang lain.
Saya juga ada kongsikan template blueprint design web ecommerce yang boleh bantu naikkan kadar jualan anda.
Selain itu, ada juga ditunjukkan strategi ads untuk buat jualan 100% auto.
Boleh beli disini: https://danialarif.com.my/kitab-strategi-sulit-ecommerce/
Inilah Strategi Digital Marketing yang Berjaya Hasilkan Jualan RM103,694! 100% Guna Web E-Commerce!
<< Klik untuk baca selanjutnya
Bantu saya share artikel ni boleh? Sebaik-baik manusia adalah mereka yang menyebarkan manfaat... 😉
Artikel lain yang anda perlu baca: