3 Punca Gagal Buat Jualan Guna Website (No 3 Tu Ramai yang Buat)
Utama » E-Commerce » 3 Punca Ecommerce Gagal
Sibuk? Share dulu artikel ini:
Sekitar tahun 2016 dulu, saya pernah test buat bisnes online secara e-commerce.
…dan sukacita dimaklumkan, ianya gagal! 😂
Jadi, dalam tulisan kali ini, saya nak kongsi tentang kegagalan.
Kalau anda tak suka cerita-cerita “NEGATIF” atas faktor nak jaga “KOLAM JIWA”… maka perkongsian kali ini bukan untuk anda. Huhu…
Okay, kembali kepada topik asal.
Masa tahun 2016, saya mulakan bisnes online dengan tunang (sekarang dah jadi isteri). Kami buat keuputusan untuk pindah dari Close Sale Whatsapp kepada menjual guna website e-commerce.
Kami masing-masing keluarkan modal dalam RM2000 untuk beli stok, buat website (saya buat sendiri) dan buat iklan FB ads.
Walaupun projek ni gagal, tapi saya belajar satu perkara yang sangat berharga.
Selepas projek tu gagal, kami masih teruskan buat bisnes… cuma terpaksa juga teruskan menjual secara manual guna Whatsapp.
Sehinggalah… isteri saya mula mengandung dan ada masalah tak boleh nak kerap layan Whatsapp.
Saya pula tak boleh layan Whatsapp, sebab saya ada masih bekerja sebagai Copywriter di syarikat FA Marketing (sebuah agensi yang buat servis FB marketing).
Masa tu memang tengah cari cara untuk teruskan buat bisnes. Fikir punya fikir, saya cadangkan kepada isteri untuk mulakan balik buat bisnes secara e-commerce. Tapi, kami tak nak buat website sendiri dulu, kami cuba mulakan bisnes di Lazada & Shopee.
Inilah turning point dalam hidup kami. AlhamduLillah, jualan di Lazada dan Shopee sangat bagus. Setiap hari ada order masuk dan paling best kami dah tak perlu nak layan Whatsapp lagi.
(AlhamduLillah, kami berjaya capai level Prefered Seller di Shopee)
Selepas 8 bulan kami buat bisnes, akhirnya duit modal pun dah cukup. Jadi kami buat keputusan untuk cuba semula buat bisnes secara e-commece.
Platform Bina Web Ecommerce & Tips Buat Web yang Boleh Convert Jualan
<< Klik untuk baca selanjutnya
Sepanjang proses ini, banyak yang saya terpaksa belajar semula. Banyak eksperimen teknik dan strategi FB Ads yang orang lain tak pernah cuba. Bak kata Mat Salleh:
“Learn, unlearn dan relearn.”
AlhamduLillah, sehingga hari ini, kami berjaya buat jualan guna website e-commerce sendiri. Dalam masa yang sama, bisnes di Shopee masih lagi diteruskan juga.
Okay cukup setakat tu. Paling penting, dalam artikel ni saya nak kongsikan 3 sebab kenapa store e-commerce saya yang pertama tu gagal.
Punca #1: Timing Tak Betul
Pada tahun 2016, prospek masih lagi suka dibelai dalam Whatsapp. Masa tu masih lagi zaman kegemilangan WhatsApp.
Bayangkan la, walaupun dalam iklan tu, harga dah ditulis secara terang, jelas dan nyata dalam copywriting, tapi pelanggan masih suka untuk whatsApp semata-mata mahu bertanya, “berapa harganya?” 🤦
Jika anda telah melakukan bisnes online pada tahun tersebut, anda juga pasti bersetuju bahawa close sales banyak dilakukan di WhatsApp. Pelanggan pada zaman itu masih takut-takut untuk membeli secara direct di website e-commerce.
Jadi… zaman tu bukanlah masa yang sesuai untuk mulakan e-commerce. Jadi, keputusan saya untuk buka store e-commerce masa tu bukanlah timing yang betul.
Dalam bisnes, timing juga mainkan peranan yang sangat penting.
Cuba tengok MySpace, berapa tahun je bertahan dalam pasaran?
Agak-agak kenapa MySpace tak dapat bertahan dalam masa yang lama macam Facebook? Kenapa pula Facebook dapat bertahan sehingga hari ini, dah lebih dari 10 tahun.
JAWAPAN —> TIMING
Cuba bayangkan kalau MySpace mula up pada tahun yang sama dengan Instagtam, Twitter dan seangkatan dengannya?
Kemungkinan besar MySpace juga masih mampu bertahan dan bersaing dengan Facebook.
Kalau pun MySpace tak dapat berdiri sehebat Facebook, mereka pasti masih mampu berdiri sama tinggi dengan Twitter, Instagram & Tiktok.
Facebook, IG dan Twitter naik pada masa yang betul. Mereka naik paada zaman Smartphone tengah menggila. Teknologi mobile tengah berkembang pesat!
Sedangkan MySpace pula berkembang pada zaman internet masih lagi belum selaju hari ini. Zaman tu, nak main MySpace pun kena buka komputer.
Tak macam sekarang, senang sangat. Buka je phone, dah boleh masuk semua jenis laman media sosial yang ada.
Saya percaya, kalau Facebook naik pada zaman MySpace, belum tentu Facebook dapat jadi semegah hari ni.
Siapa yang masih ingat tentang Friendster?
Sama je macam MySpace, Friendster juga hampir pupus (ke dah pupus?) disebabkan naik pada timing yang salah.
Samalah juga macam bisnes e-commerce ni. Tahun 2016 dulu, bukanlah tahun yang sesuai untuk e-commerce di Malaysia.
(Kita bercakap dalam situasi Malaysia, kalau di US, memang e-commerce ni tempat mereka shopping secara online)
“Kalau macam tu tuan, bila timing yang tepat untuk mulakan bisnes secara e-commerce?”
SEKARANG!
Walaupun market di Malaysia masih belum 100% terima e-commerce, tapi saya nampak pasaran kita sudah semakin bergerak ke arah e-commerce.
Ini kita kena ucapkan jutaan terima kasih kepada Shopee dan Lazada, sebab mereka dah bantu kita educate prospek untuk beli di website.
Sebab Shopee dan Lazada ni buat pemasaran secara agresif dan berterusan, sekanrang ni pelanggan dah boleh terima untuk beli di website e-commerce.
“Tapi tuan, saya nampak masih ramai yang suka komen PM PM… Tapi tak klik pun baca info di website.”
Ya, memang ada lagi pelanggan yang masih suka nak komen PM PM… Tapi, sebenarnya dah banyak berkurang.
Setakat yang saya cuba untuk store e-commerce saya pada tahun ini, alhamdulillah ia menghasilkan sales hampir setiap hari. Klien-klien servis yang saya uruskan juga, ada yang dapat jualan 6 angka dengan hanya bergantung 100% pada website!
Jadi, sebab tu saya berani katakan, sekarang adalah timing yang terbaik untuk membuka website e-commerce anda sendiri.
Selain tu, nak tau kenapa kena mulakan sekarang?
Sebab, persaingan masih belum sengit kalau anda mulakan sekarang. Tahun 2020 dan seterusnya ni, kita akan nampak semakin ramai yang mula ke arah e-commerce. Pasti persaingan jadi makin kuat.
Jadi, kenapa masih nak tunggu? 😉
Punca #2: Hanya Harapkan Satu Channel Pemasaran
Masa saya gagal pada tahun 2016 tu, sebenarnya saya jual produk orang lain. Saya adalah ejen yang kena ikut harga yang telah ditetapkan oleh HQ.
Isunya ketika itu, berlaku aktiviti “Buang Harga”. Ramai ejen lain jual produk yang sama dengan harga yang lebih murah.
Masalah makin bertambah bila HQ buat tak tahu, walaupun mereka dah dapat maklumat ada ejen yang buang harga. HQ tak terminate pun geng-geng yang buang harga ni.
Saya tak dapat nak ikut buang harga sebab margin akan jadi makin nipis. Nak cover kos iklan pun tak lepas nanti. :’)
Masalah kedua, produk itu ada ramai agen. Bila ada ramai agen, prospek lebih suka beli dari ejen yang boleh layan mereka dalam WhatsApp.
Macam saya kongsikan diatas, zaman tersebut ialah zaman pelanggan suka dibelai. Bila ada pilihan, mereka akan beli daripada ejen yang boleh layan mereka di whatsApp.
Kesannya? Susah betul nak dapat jualan di website. Ramai prospek saya lari sebab tak nak beli di website. Akhirnya mereka cari ejen lain yang boleh layan di Whatsapp.
Sebenarnya, kalau saya buat keras dan terus kekal dengan e-commerce masa tu, saya yakin bisnes boleh terus hidup.
Cuma, saya tak dapat survive masa tu sebab hanya fokus pada pada FB Ads je. Hidup mati saya bergantung pada FB Ads je. Itulah satu-satunya channel saya masa tu.
Sekarang baru saya terbuka untuk terima platform lain.
Sebenarnya, kalau nak kekal dengan model e-commerce ni, kita tak boleh harapkan FB Ads semata-mata.
Selain FB Ads, kena juga gunakan platform lain. Kita kena buat integrated marketing!
Contoh platform pemsaran lain adalah: Google Ads dan SEO.
Kedua-dua ni sebenarnya lagi power dari FB Ads. Sebab, prospek yang datang dari Google ni, biasanya mereka dan sedia untuk membeli dan mereka pandai buat belian guna website e-commerce.
Kalau anda jual produk yang margin rendah, cuba gunakan SEO sebaiknya.
Sebab, SEO ni tak gunakan sebarang modal wang ringgit. Kita hanya perlu keluarkan modal masa je.
Biasanya SEO ni ambil masa sekitar 6 bulan untuk dapatkan hasilnya.
Tapi, apa yang bestnya, bila SEO kita tu berjaya, website kita akan berada pada page 1 di carian Google.
Bila orang cari dekat Google dan website kita ada page 1 Google, peluang untuk mereka klik masuk ke website dan buat pembelian tu sangat tinggi.
Masa tu, kita boleh dapat jualan walaupun ktia tak jalankan FB Ads.
Masa awal-awal saya mulakan website e-commerce yang kedua ni, kebanyakan sales saya dapat melalui SEO.
Pengajarannya? Jangan harapkan satu channel saja.
Ya, anda boleh terus salahkan HQ sebab tak pandai kawal ejen.
Anda juga bolej salahkan agen sebab tak follow harga yang telah ditetapkan.
Tapi semua tu bukan dalam bawah kawalan kita.
Apa kata kita ubah perkara yang kita boleh kawal?
Contohnya, pelbagaikan channel pemasaran. Agen lain buang harga dalam Facebook?
Kita jangan harpakan Facebook. Kita mauk market guna SEO pula? Atau masuk market guna Google Ads pula?
NOTA: Dalam bisnes, aktiviti buang harga ni tak bagus. Sebab aktiviti membuang harga boleh bunuh pasaran. Ini satu topik lain, mungkin saya akan ulas di lain hari.
Punca #3: Produk
Bila jual produk secara e-commerce & gunakan FB Ads sebagai platform pemasaran… kita kena pastikan produk yang ditawarkan tak banyak dijual di pasaran offline.
Supaya, bila prospek nampak iklan kita, mereka terpaksa beli di website kita.
Mereka takde pilihan lain, sebab kalau nak beli dekat kedai, takde kedai pun yang jual. Atau kalau ada kedai yang jual sekalipun, tak banyak kedai yang jual produk tersebut.
Isu yang saya alami masa tahun 2016 adalah. saya jual produk yang dah dijual oleh ramai lagi ejen lain.
Bukan setakat ejen, produk tu juga banyak dijual di kedai-kedai baby lain.
Selain tu untuk pastikan anda boleh berjaya dengan model bisnes e-commerce, pastikan produk anda:
- Mampu menyelesaikan masalah prospek
- Mempunyai ciri USP (sesuatu yang istimewa dan unik)
Faham? 🙂
Inilah 3 Punca Bisnes E-commerce Pertama Saya Gagal:
Buat anda yang masih lagi close sale secara manual di Whatsapp, apa kata cuba pula tambah channel jualan?
Cuba buat website e-commerce dan buat iklan tarik prospek datang beli di website?
Tak perlu pun tinggalkan aktiviti close sale Whatsapp, cuba je dulu run dua-dua secara serentak. Whatsapp pun kita makan, website e-commerce pun kita makan. 😉
Sekurang-kurangnya, bila tiba akhir tahun 2020, cuba capai nisbah juala 70% di website dan hanya 30% close sale Whatsapp.
NOTA KAKI:
Bantu saya share artikel ni boleh? Sebaik-baik manusia adalah mereka yang menyebarkan manfaat... 😉
Artikel lain yang anda perlu baca: