Case Study – Lelaki Ini Jual Buku Online & Jana Jualan RM180,000. 100% Guna Website Ecommerce (Takde Close Sale Manual Wasap)
Sibuk? Share dulu artikel ini:
(NOTA: Jika anda nak belajar secara praktikal langkah demi langkah teknik FB Ads untuk buat jualan secara AUTO… Boleh dapatkan video panduan WIRA ECOMM.)
Ini adalah hasil jualan Tuan Hairul.
Beliau adalah salah seorang usahawan yang pernah coaching dengan saya.
Beliau berjaya jana jualan RM180,000100% secara e-commerce.
Dibawah ni saya kongsikan cakupan skrin maklum-balas dan bukti jualan beliau.
(Feedback dari Tuan Hairul dalam group rahsia alumni-alumni yang pernah join kelas saya)
(Jualan RM180,000. Jumlah pelanggan 3,702 dan unit produk terjual adalah sebanyak 4,031)
(NOTA: Nama website dan nama penuh beliau dirahsiakan atas sebab menjaga privasi Tuan Hairul sebagai klien saya)
Sebelum cerita tentang apa strategi yang beliau guna… saya nak kongsikan sikit butiran ringkas tentang bisnes beliau.
Produk yang beliau jual adalah kitab agama, niche ni agak rare. Boleh dikatakan usahawan lain dalam niche ni masih lagi hanya close sale manual.
Sebelum ni beliau harapkan staff close sale je untuk buat jualan.
Antara faktor beliau nak berubah ke arah e-commerce adalah:
- Letih nak kena uruskan staff close sale. Setiap staff hanya mampu handle 30-50 whatsapp je sehari, bila nak naikkan jualan mesti kena tambah staff.
- Bila tambah staff, overhead bisnes pun makin tinggi (sebab kena bayar gaji)
- Bila overhead tinggi, untung pun makin nipis. :’)
- Sistem website boleh proses jualan 24 jam, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun tanpa henti!
- Bila iklan perform, hanya perlu naikkan bajet iklan! Tak perlu fikir nak kena tambah staff close sale bagai.
- Jadi, overhead jimat. Sebab, tak perlu gajikan ramai sangat staff.
Cuma, masalah Tuan Hairul ni adalah, beliau ada website tapi tak tau macam mana nak buat jualan guna web.
Sebelum beliau belajar dengan saya, dah banyak cara beliau guna, tapi masih tak berjaya buat jualan di website.
Balik-balik tetap kena layan close sale manual.
Dalam sesi coaching, saya kongsikan 2 fasa penting untuk hasilkan jualan auto kepada Tuan Hairul ni.
Fasa 1: TOFU (Awareness)
Pada fasa ini, matlamat iklan adalah untuk perkenalkan produk kepada audience.
Kebiasaannya, saya akan cadangkan guna video. Sebab, video dapat sampaikan masej dengan lebih mudah dan efektif.
…dengan video, kita dapat tunjuk secara jelas apa kelebihan dan manfaat produk.
Bak kata pepatah orang British: “Show! Dont tell!”
“Tapi, saya takde bajet nak upah orang buat video. Huhu…”
Sebenarnya, tak perlu pun buat video cantik-cantik. Guna video yang shoot sendiri pakai phone tu lagi perform biasanya berbanding video yang dirakam dan edit secara professional. 😉
Anda boleh rakam video-video berbentuk:
- Demo produk
- Tutorial guna produk (sesuai untuk niche make-up)
- Softsell sharing tips + menjual produk (sesuai untuk niche kurus)
(Contoh video demo produk yang saya jual. Cuma, ini saya guna YouTube Marketing)
Dari segi durasi video, saya sarankan antara 1-2 minit je. Dari segi setting iklan FB pula saya sarankan guna iklan conversion.
Iklan conversion ni lain sikit dari Traffic. Kalau guna Conversion, FB akan hantar iklan kita pada audience yang ada tabiat membeli di website.
Jadi, kos per jualan memang akan lebih rendah dan lebih jimat berbanding buat iklan guna objektif Traffic.
Oh ya, satu lagi perkara, untuk kempen fasa 1 ni, anda kena buat 5-10 adset dan target interest yang berbeza.
Contoh Targeting Tuan Hairul Guna:
Adset 1: 25-40, Interest Ustaz Don (RM30/hari)
Adset 2: 25-40, Interest Ustaz Kazim (RM30/hari)
Adset 3: 25-40, Interest Dr Maza (RM30/hari)
Cukup 3 ni je saya dedahkan. Kalau nak tau target interest apa yang boleh berikan sales yang menguntungkan, anda kena buat split test. 🙂
Fasa 2: MOFU (Follow-Up Sale)
Sama macam proses jualan secara manual.
Bukan semua prospek yang masej kita terus beli. Majoriti hanya akan beli lepas kita follow-up beberapa kali
(NOTA: Berdasarkan kajian, 7 dari 10 jualan berlaku hanya lepas 7 kali follow-up)
Biasanya, dalam 100 orang prospek yang masuk ke website, hanya 2 orang je akan buat pembelian. Selebihnya, kita kena follow-up.
Cuma soalnya sekarang, macam mana nak follow-up?
Jawapan: Follow up dengan iklan Retargeting
Dengan iklan catalog sales, FB akan autamatik retarget prospek berdasarkan produk yang mereka pernah tengok.
Pernah shopping dekat Lazada, Shopee atau AliExpress?
Perasan tak lepas anda survey-survey tu, bila keluar dan sambung main FB je, tiba-tiba keluar iklan produk yang anda survey tadi tu?
Haaa… itu la iklan retargeting Catalog Sales.
Strategi Bonus: Manual Call Follow-Up
Apa yang saya sarankan adalah, anda call terus mereka dan follow-up. Saya dapati, biasanya dengan call prospek yang isi borang ni, sales dapat dinaikkan 10%-20%.
Conversion rate akan lebih tinggi kalau kita terus call selepas 10 minit prospek masih belum jelaskan bayaran.
Kenapa saya sarankan call? Kenapa tak masej je?
Sebab saya dah buat split test antara follow-up masej dan follow-up call, call lagi mudah convert jualan.
Kadang-kadang prospek bukan tak nak beli, tapi, mereka perlukan sedikit human touch untuk yakin.
Maklumlah, e-commerce ni satu benda yang masih baru di Malaysia. Masih ada yang ragu-ragu sikit untuk beli di website. 😅
Tapi, jumlah pelanggan yang pandai buat belian di website pun makin meningkat sekarang.
Kesimpulan
Tumpukan betul-betul pada iklan fasa 1 dan fasa 2. Pastikan guna jenis iklan Conversion dan setup iklan retargeting guna objektif Catalog Sales.
Dari aspek kreatif iklan pula, saya memang galakkan guna video berbanding gambar. Sebab, dengan video, prospek dapat memahami lebih jelas tentang kelebihan dan manfaat produk kita.
NOTA KAKI:
Nak belajar cara untuk tarik pelanggan membeli di web?
Bantu saya share artikel ni boleh? Sebaik-baik manusia adalah mereka yang menyebarkan manfaat... 😉
Artikel lain yang anda perlu baca: