Inilah Strategi Digital Marketing yang Berjaya Hasilkan Jualan RMXXX,XXX! 100% Guna Web E-Commerce! Tiada Team Sales Whatsapp!

Sibuk? Kongsi dulu & baca bila ada masa lapang:

Share on facebook
Facebook
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

(NOTA: Jika anda nak belajar secara praktikal langkah demi langkah teknik FB Ads untuk buat jualan secara AUTO… Boleh sertai kelas online E-comm Master.)

DISCLOSURE: Kajian kes ini berdasarkan klien syarikat Bomstart Media Sdn Bhd. Saya uruskan kempen pemasaran dari A-Z. Saya dan team uruskan FB Ads, Google Ads dan SEO.

PENAFIAN: Gambar diatas hanya sekadar hiasan. Gambar diatas tiada kaitan dengan kajian kes ini.

Salah seorang klien yang saya uruskan berjaya dapat jualan sebanyak RM103,694.40 (jualan setakat 1/5/2019 – 27/05/2019)!

Berikut adalah cakupan skrin laporan jualan di website klien tersebut.

jualan OA Mei

Sebelum itu, saya nak kongsikan beberapa maklumat ringkas tentang bisnes klien ini.

(Nama syarikat tak boleh dedahkan. Saya tertakluk pada perjanjian privasi dengan klien.)

Produk utama klien ini adalah pakaian tradisional Melayu. Antaranya, baju melayu dan baju kurung. Mereka pernah buat pemasaran secara online, tetapi tidak menjadi.

Jualan tertinggi tahun lepas : Hanya RM2500

Mereka memang harapkan jualan semata-mata pelanggan yang ‘walk-in’ ke butik.

Page like pun sikit sahaja, hanya +-7000 like (sekarang lebih 10,000 like).

Walaupun page like sikit, tetapi masih lagi berjaya capai jualan 6 angka. Kami akan kongsikan strategi lengkap.

(Pss… Siapa cakap kena ada like yang banyak untuk buat jualan yang tinggi?)

Buat anda yang berminat untuk tahu, silalah baca sampai habis.

Kalau tiada masa, share dulu artikel ini (Klik sini untuk share di FB anda sekarang). Parking’ siap-siap dalam FB anda.

Apa yang saya dan team Bomstart Media buat adalah, kami gunakan teknik “Integrated Marketing”.

Integrated Marketing adalah satu strategi pemasaran yang menggabungkan pelbagai platform.

Dalam kajian kes yang ini, platform yang gunakan adalah:

  • FB Ads
  • Google Ads
  • SEO
  • Email Marketing (guna untuk “GELI-GELI” je)

Dari sudut harga, produk mereka bermula dari RM95 (Baju melayu kanak-kanak) sehingga +-RM500 (Baju melayu custom made)

Walapun harga dalam kategori premium, produknya masih mampu dijual secara online. Ini membuktikan iklan berbayar masih releven.

FB ads dah tepu? FB ads dah tak relevan?

Bukan ads tu yang tepu… tapi strategi yang tak cukup padu.

 

Kalau betul strateginya, sasaran iklan pun tepat, hasilnya insyaAllah memberangsangkan.

Renung-renungkan dan selamat beramal~! 😉

Sebelum saya kongsikan lebih lanjut, saya nak share dulu laporan kempen syarikat tersebut.

OA FB Ads report
(Jumlah jualan hasil dari FB Ads adalah RM32,957.00)

Data Google Ads OA(Jumlah jualan hasil dari Google Ads adalah RM57.68k)

Jumlah Jualan = RM32, 957 (FB Ads) + RM57,680.00 (Google Ads)

Jumlah Jualan = RM90,637.00

“Aik…? Kata jualan RM103,694.40?”

Haaa… dari mana jualan selebihnya tu?

Jawapan >> Carian organik di Google (BACA: SEO)

Jualan OA dari SEO

(Kalau tak buat SEO, hilang jualan RM32k macam tu je.)

Okay, cukup sembang tentang angka jualan.

Jom kita sembang tentang bab strategi dan aspek teknikal iklan pula.

Strategi Tawaran Meleleh:


Klien yang saya uruskan ni baru nak cuba online-kan produk mereka. Sebelum ni mereka harapkan jualan di butik semata-mata.

Untuk biasakan prospek mereka beli secara online, kami buat keputusan untuk bagi satu offer yang meleleh gila!

Offer itu adalah: “Beli baju melayu percuma samping bernilai RM199”

Offer ini kami hanya tawarkan kepada pelanggan yang beli secara online. Maksudnya kalau mereka nak beli di butik, mereka takkan dapat offer ni. 

Jika anda dah biasa close sale melalui Whatsapp dan nak cuba biasakan prospek beli di website pula… anda pun kena buat satu tawaran yang meleleh.

Contoh: Beli 1 tudung percuma 1 tudung, Diskaun 70% khas untuk pembelian di web, beli jubah percuma premium shawl.

Pastikan offer ini anda hadkan kepada pelanggan yang beli di web sahaja. Siapa yang nak beli juga melalui Whatsapp, kena bertegas untuk tidak beri offer ini.

Kunci kejayaan bagi kempen ini adalah TAWARAN YANG MELELEH GILA!

Ini Pula ‘blueprint’ Keseluruhan Kempen Digital Marketing

 

FB Ads dan Google Ads digunakan untuk bawa prospek masuk ke website. Jika anda tiada website, masih boleh gunakan strategi yang sama. Cuma anda perlu bawa trafik ke link whatsapp anda.

Untuk Google ads pula, anda perlu bawa trafik masuk ke post page FB anda. Kemudian dekat post masukkan link whatsapp.

Kami tak sarankan untuk direct letak link Whatsapp. Sebab, copywriting untuk iklan google sangat pendek. Kita dapat nak tapis untuk dapatkan prospek berkualiti.

(Sebenarnya, saya juga tak pasti samada link whatsapp boleh digunakan atau tak dalam Google Ads.)

Secara ringkasnya begini:
Google Ads → Post di page FB → Whatsapp

Tapi, kami tetap sarankan untuk ada website jualan. Supaya anda boleh makan hasil jualan dari carian organik Google. Kalau anda guna whatsapp, macam mana nak ranking dalam Google kan?

NOTA: Carian organik merujuk kepada prospek yang anda dapat secara percuma melalui laman carian (Contohnya Google). Anda tidak perlu bayar untuk dapatkan pelanggan. Namun, anda perlu buat SEO untuk masuk dapat masuk top 5 page 1 Google.

Cara Kami Setting Iklan FB Ads yang Berkesan:

 

Kami pecahkan iklan kepada 3 kempen. Ini maklumat ringkas tentang setiap kempen:
 
Kempen 1: Bawa Trafik
Objektif : Traffic (Nak prospek masuk ke website jualan) 
Bajet Ads : RM100-RM300 sehari 
Target : Umur 30 – 65, Degree/Master Holder (Potential Audience 300k)
 
Kempen 2: Catalogue Sales (Dynamic Retargeting/Teknik Saka)
Objektif : Conversion (Retargeting prospek yang masih belum beli) 
Bajet Ads : RM10 – RM20 sehari 
Target : Custom Audience Web Visitor dan Add To Cart 30 days
 
Kempen 3: Kumpul Database Email
Objektif : Traffic (Nak kumpul email prospek) 
Bajet Ads : RM30 – RM50 sehari 
Target : Umur 30 – 65, Degree/Master Holder (Potential Audience 300k)
 
Untuk kempen 1 kami akan pecahkan kepada 10 adset. Setiap 1 adset bajet hanya +-RM15/hari.
 
Setiap adset target interest dan umur yang berbeza. 
 
Contoh:
Adset 1: Degree holder, umur 30 – 34
Adset 2: Degree holder, umur 35 – 40
Adset 3: Master holder, umur 30 – 34
Adset 4: Master holder, umur 35 – 40
 
Kenapa pecahkan kepada banyak adset?
 
Sebab, klien yang kami uruskan ini masih baru dalam dunia online. Kami tidak tahu target umur dan interest apa yang berkesan.
 
Kunci kejayaan iklan FBads adalah pada EKSPERIMEN. Kena test umur, jantina dan interest. Bahkan dari segi gambar dan ayat iklan juga anda kena test.
 
Melainkan, anda dah tahu jantina dan interest yang berkesan. Barulah anda boleh skip fasa eksperimen.
 
Untuk dapatkan gambaran lebih jelas, saya sarankan anda sertai kelas online E-Comm Master. Dalam kelas ni saya kongsikan teknik FB Ads khas untuk buat jualan di website e-commer.
 
Klik sini untuk lihat senarai modul: https://danialarif.com.my/e-comm-master/
 

Cara Kami Setting Iklan Google Ads yang Berkesan:

 
Untuk kempen Google Ads pula, akan ada 3 fasa utama.
 
Fasa 1: Buat kempen dan target sebanyak mungkin keyword yang anda rasa relevan. (Kena buat keyword research untuk dapatkan keyword yang sesuai)
 
Fasa 2 : Selepas 1 – 2 minggu, cari keyword yang negatif dan exclude dari iklan. Sebagai contoh, dalam kajian kes ini, keyword negatif yang kami exclude adalah “Baju melayu murah”, “cara jahit baju melayu” dan beberapa lagi. Sebab kami tak nak orang yang cari produk murah nampak iklan klien ini. 
 
Fasa 3 : Biasanya, selepas sebulan, kita akan kaji semula prestasi iklan. Keyword yang tak perform kita akan off. Keyword yang perform, naikkan sikit bid supaya iklan berada pada posisi top 3.

Macam Mana Strategi untuk Email Marketing?

 
Kami gunakan FBads untuk kumpul database email pelanggan. Kami tawarkan 
ebook katalog produk. Siapa yang berminat minta mereka isi borang online.
 
Contoh borang kumpul database email >> https://bomstart.my/page/seo-case-study/
 
Kenapa guna email? Zaman sekarang ni ada ke orang baca email?”
 

Kami tahu ramai sifu-sifat yang ajar guna whatsapp untuk buat jualan. Bahkan ada sifu-sifat di luar sana yang kata email marketing dah tidak relevan.

Tetapi, malangnya data menunjukkan email marketing masih releven. Orang masih baca dan klik email promosi kita.

Sebenarnya, kos per email leads lebih murah berbanding kos per leads whatsapp!

Setakat nak dapat cost per leads bawah RM1.50 per email senang sangat. Bahkan secara peribadi, saya pernah dapat cost per leads email serendah 80 sen!

Email marketing sangat bagus. Cuma, anda kena faham satu perkara.

Tujuan kita buat email marketing adalah untuk long term. Kita nak pegang database. Supaya, jika berlaku apa-apa (contoh: page kena delete), kita masih dapat berhubung dengan prospek kita.

Selain itu, database email juga bagus untuk kita follow-up dan war-warkan tentang promosi terkini.

Konsepnya sama sahaja seperti kita kumpul database whatsapp. =)

Cuma, bezanya email kita boleh set auto follow-up dan senang nak blast promotion.

Tak perlu nak hantar satu-satu secara manual.

Macam Mana Nak Tarik Pelanggan Guna SEO pula?


Sebelum tu, mungkin ada yang belum tahu apa itu SEO.

SEO merujuk kepada Search Engine Optimization. Ianya teknik yang kita guna untuk masukkan website kita pada page 1 google.

Dalam bahasa yang mudah, kita nak buat “FREE COST MARKETING” guna Google.

Cuma, macam mana nak buat SEO tu, kami tak dapat nak terangkan dalam artikel ini.

Sebab, SEO sangat teknikal dan rumit. SEO ni lebih teknikal berbanding FBads, Google Ads dan Email Marketing.

Nota: Ianya agak teknikal, tetapi tidaklah susah. Cuma, prosesnya sedikit panjang berbanding FBAds dan Google Ads

Ianya juga perlukan masa 3 – 6 bulan untuk dapatkan jualan melalui SEO. SEO adalah channel untuk jangka masa panjang. Ianya wajib ada sebagai backup. Kita tidak boleh mengharapkan semata-mata FBads dan Google Ads.

Apabila kita ada buat SEO, kita masih dapat pelanggan jika ada masalah pada FBads & Google Ads (Contoh: Akaun kena flag, iklan dissapprove atau page kena delete)

Anda boleh upah orang untuk buat SEO. Cuma kos upah buat SEO memang agak mahal.

Cara nak jimat, anda boleh belajar sendiri buat SEO. Tapi, di Malaysia setakat saya tahu tak banyak kelas SEO.

Serius ilmu SEO memang berharga.

AlhamduLillah, SEO juga membantu saya secara peribadi. Saya sentiasa menerima pelanggan yang beli video panduan copywriting, walaupun saya stop buat ads.

Pelanggan saya terdiri dari mereka yang buat carian guna Google.

Untuk buat jualan 5-6 angka dan kekal relevan, kena buat Integrated Marketing…


Saya tak galakkan hanya harapkan FBads semata-mata.

Besar risiko kalau harapkan FBads semata-mata. Cuba bayangkan kalau tiba-tiba Mark Juki meroyan dan delete page atau flag akaun anda?

Bila anda buat integrated marketing, anda boleh tunggang pelbagai platform. Kalau kena flag pun tak risau sangat. Sementara nak buat akaun baru tu, boleh lagi dapatkan jualan.

Untung pun berganda, ibarat makan keliling. =)

NOTA KAKI:

 
 
Nak belajar cara untuk tarik pelanggan membeli di web
Jom sertai kelas online E-Comm Master. Sebaik sahaja anda tamat kelas, anda bakal ketahui teknik dan strategi guna FB Ads untuk buat jualan secara automatik di website. 
 
Daftar sekarang dan dapatkan 24 video panduan dan private FB group support bersama saya. Klik sini untuk ketahui lebih lanjut: https://danialarif.com.my/e-comm-master/

Bantu saya share artikel ni boleh? Sebaik-baik manusia adalah mereka yang menyebarkan manfaat... 😉

Share on facebook
Facebook
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Artikel lain yang anda perlu baca: