ROADMAP: Mulakan Bisnes E-Commerce dengan Modal Serendah RM100 (Bhg. 1)

Sibuk? Share dulu artikel ini:

Facebook
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Perasan tak?

Sekarang ni di Malaysia, bisnes E-Commerce tengah rancak naik

Hampir setiap peniaga online dah mula rancang nak buat web e-commerce. 

Bagi anda yang masih blur-blur… Mungkin ini persoalan yang bermain dalam fikiran.

“Macam mana mulakan?”

“Susah ke nak buat website e-commerce?”

“Kalau saya takde modal yang besar,  boleh ke nak buat bisnes e-commerce ni?”

Okay, sebenarnya, ini soalan-soalan yang saya selalu terima. 

Jadi, saya buat keputusan nak buat satu artikel khas. 

Apa yang saya bakal kongsikan adalah: Roadmap Macam Mana Nak Mulakan E-Commerce dengan Modal RM100. 

Apa yang saya share ni adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan hasil belajar dengan orang lain. 

Artikel ni saya tulis khas untuk 3 golongan usahawan online:

  1. Usahawan yang baru nak mula buat bisnes dan target nak mula dengan model bisnes e-commerce.
  2. Usahawan online yang sudah ada bisnes. Cuma dalam proses nak berpindah dari closing whatsapp ke website E-Commerce.
  3. Usahawan yang masih nak maintain close sale secara manual. Tapi, bercadang nak jadikan website e-commerce sebagai channel tambahan.

Biasanya bagi golongan kedua dan ketiga, tak ada masalah sangat pasal modal. Sebab, bisnes pun dah running, dah ada jualan dan cashflow yang cantik.

(Pss… kalau anda dalam kategori 2 atau 3, skip je bahagian 1 ni. Terus baca bahagian 2)

Tapi, bagi anda yang baru nak start, biasanya belum ada cash yang banyak…

Jadi, saya share roadmap untuk anda supaya anda boleh mula dengan modal yang serendah RM100. 

Secara kasarnya ada 2 modal yang perlu dikeluarkan:

 

1. Beli domain (alamat kedai)


Contohnya :
www.xyz.com. Domain ni kadang-kadang ada promo untuk yang first time beli, RM4  je setahun. Next year akan jadi RM50. Kalau beli .com.my, mahal sikit dalam RM80 dan .my dalam RM120 setahun.

2. Hosting (sewa tapak untuk letak website). 


Hosting ni ibarat kalau kita nak buka kedai, ianya adalah tapak untuk kita bina kedai. Kalau takde tapak, dekat mana nak pacak kedai kan? Haaa… macam tu juga kalau nak bina website, kena ada tapak untuk kita letak website kita. 

Ia boleh jadi serendah RM50 sampailah beribu-ribu ringgit setahun. Ikut kepada jumlah trafik berapa besar dan berapa ramai yang anda nak support. Cuma starting ni, boleh je guna hosting yang murah dulu.

Bila dah beli domain dan hosting, kita kena fikir pulak macam mana nak bangunkan store E-Commerce. Itu, satu kerja lain pula.  

Kalau modal yang anda ada cukup-cukup nak beli stok je, jangan risau. Follow dulu roadmap yang saya share ni.

Cara Mulakan E-Commerce Dengan Modal RM100


Saya sarankan mulakan dengan cara letakkan produk di “market place”. Maksudnya, jangan bina website E-Commerce sendiri dulu. 

Gunakan platform yang sedia ada seperti Lazada, Shopee atau PrestoMall ke?

Market Place yang saya paling rekemen adalah Shopee. Sebab Shopee ni mesra newbie, nak setup store pun senang je. 

Kalau nak buat jualan cepat, boleh buat Shoppe Ads. Shopee Ads ni pun tak susah sangat, senang je nak buat. Lagi mudah dari buat FB Ads.

Tak ada idea nak start dengan jual barang apa? Anda boleh mula dengan jadi ejen atau beli produk dari China dan jual balik kat Shopee. Nak mula dengan modal RM100 je dulu pun boleh.

“Eh, cukup ke RM100 nak beli barang dari China untuk jual semula kat Shopee?”

“Logik ke nak import barang China dengan modal RM100 je?”

Jawapannya cukup je!

…dan ya, ianya logik!

Haaa… nak tau macam mana?

Sebenarnya, anda boleh je beli produk dari Shopee dan kemudian jual semula di Shopee. Anda perlu cari produk yang oversea seller jual tapi local seller tak jual. 

Kemudian, order barang tu dalam 10 – 20 unit. Kena ada ready stock dalam tangan.

Saya bermula dengan cara ini.

Saya mula berniaga dalam Shopee dengan menjual produk yang saya beli daripada pada seller oversea

Produk pertama yang saya jual tu, saya beli pada harga RM12/unit. Saya beli 10 unit je dulu untuk permulaan.

(Kalau modal cukup, beli 10. Tak cukup, beli dalam 5 unit dulu.)

Lepas stok dah sampai tu, anda letak dalam Shopee dan jual semula sebagai ready stock. Bukan sebagai dropship daripada China. 

So, orang akan beli sebab anda merupakan local seller yang supply ready stock.

“Emm… ada ke yang nak beli? Kan kita dah markup harga jadi lagi tinggi berbanding seller oversea?”

Ada je! 

Memang ada orang yang nak beli produk tersebut dalam kadar segera

Prospek jenis macam ni, dia fikir kalau beli daripada oversea, mungkin lambat sampai. Mungkin bila barang rosak, susah nak pulangkan balik atau claim. 

Nak dapat yang baru, makan masa lagi.

Macam Mana Boleh Jual Mahal Dan Orang Tetap Membeli?


Mesti ada yang tertanya-tanya, berapa harga yang nak letak bila jual produk kat Shopee? Berapa boleh markup?

Kalau produk tu belum ada seller local jual, saya markup double. Contohnya beli dalam RM12, jual balik RM24. Saya promote sebagai ready stock dan local shipment. 

(Ni screenshot perbezaan harga seller China dan harga jual di store Shopee saya)

Siapa yang nak cepat memang akan order walaupun harganya lebih mahal daripada seller oversea. Takde masalah sebenarnya. 

Cuma nak jual produk kat Shoppe, pastikan ia ada demand. Biasanya, saya consider ada demand bila seller oversea tu baru listing 2-3 bulan tapi rating dah ada dalam 20-30.

Bila kita tengok produk tu ada demand dan local seller pun belum ada yang jual, kita bolehlah order dan jual semula.

Dari situ kita kumpul duit modal untuk tambah stok barang kat Shopee. Bila kita dah berjaya jual banyak dan ada modal lebih, kita boleh cari lagi beberapa produk untuk tambah dalam store. 

Saya sarankan cuba menjual di Shopee sebelum buat website e-commerce sendiri.

Tujuannya, nak bagi rasa dan feel dulu bertapa seronoknya buat bisnes yang boleh jual secara AUTO. Bila dah dapat untung, simpan dan jangan guna langsung duit tu. 

Bila anda dah ada modal sekitar RM500, boleh mula dah untuk cuba tambah channel jualan melalui website e-commerce sendiri.

Okay, bab ni, kita sambung pada bahagian kedua. Hadamkan dulu bahagian 1 ni. 

Bantu saya share artikel ni boleh? Sebaik-baik manusia adalah mereka yang menyebarkan manfaat... 😉

Facebook
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Artikel lain yang anda perlu baca: