Danial Arif http://danialarif.com.my Mentalist Copywriter Sat, 20 Apr 2019 08:36:23 +0000 en-US hourly 1 1 Trick FB Ads Mudah Dan Berkesan Untuk Tarik Lebih Banyak Leads dan Pelanggan! http://danialarif.com.my/fb-ads-tarik-leads-pelanggan/ http://danialarif.com.my/fb-ads-tarik-leads-pelanggan/#respond Mon, 21 Jan 2019 07:32:18 +0000 http://danialarif.com.my/?p=29424

(NOTA: Strategi yang saya kongsikan dalam artikel ni memerlukan asas dalam ilmu marketing funnel dan FB Ads Retargeting. Buat anda yang nak belajar tentang teknik retargeting, strategi dan marketing funnel, anda boleh >>klik sini<<)

Okay…

Saya straight to the point je.

Artikel kali ni sedikit teknikal dan agak advance.

Kalau anda dah pernah run FB Ads dan sekarang ni masih lagi gunakan FB Ads untuk tarik leads, artikel ni khas untuk anda.

Kali ni saya nak tunjukkan kepada anda 1 trick mudah tapi dapat maksimumkan lagi impak iklan anda.

Walaupun trick ni mudah, tapi tak ramai yang buat.

Taktik ni berjaya naikkan jualan sehingga 70%, jadi kalau anda tak amalkan memang rugi.

Sebelum tu, anda wajib tau…

Apa yang saya nak kongsikan ni ada kaitan dengan “CUSTOMER JOURNEY”.

Pertama sekali, anda kena fahamkan apa tu “Customer Journey”?

Ianya merujuk kepada proses-proses yang berlaku untuk tukarkan audience jadi prospek dan dari prospek menjadi pelanggan.

Sebelum audience whatsapp dan beli produk anda, ada beberapa proses yang berlaku.

BACA JUGA: Cara Pilih Targeting Dan Interest FB Ads Yang Berkesan

customer-journey-fb-ads

Ini apa yang berlaku sebelum pelanggan beli produk anda:

  • Dalam 1000 orang yang nampak iklan anda, hanya 3% akan klik (lebih kurang 30 orang)
  • Dalam 30 orang yang klik, hanya 10% yang berminat dengan produk anda (3 orang).
  • Tapi, 1 orang yang akan bertindak (klik link dan whatsapp).
  • Untuk dapatkan 1 jualan, sekurang-kurangnya anda kena dapatkan 5 prospek yang whatsapp.

Nampak tak?

Dalam proses A ke D tu, anda kehilangan ramai audience dan prospek.

Anda kena tau, bukan semua audience yang nampak iklan tapi tak whatsapp tu, dia tak berminat!

Tak semestinya!

Mungkin mereka berminat, tapi mereka lupa nak whatsapp.

  • Mungkin mereka nampak iklan anda masa tengah take 5 di ofis dan mereka berminat, tiba-tiba bos panggil dan akhirnya mereka lupa pada iklan anda.
  • Mungkin mereka scroll iklan masa tengah tunggu order di restoren, tiba-tiba makanan sampai, lepas makan terus lupa iklan anda.
  • Atau, masa tengah syok-syok cuci mata tengok koleksi tudung terbaru, tiba-tiba anak menangis nak susu.

...dan macam-macam lagi kemungkinan yang berlaku dan menyebabkan audience/prospek yang berminat tu, lupa nak respon pada iklan anda. :'(

Hmmm… Manusia makin sibuk, kehidupan makin laju, jadi potensi untuk anda kehilangan prospek adalah sangat besar!

Anda tak boleh nak paksa mereka untuk respon.

Tapi, soalnya sekarang, macam mana nak kurangkan kadar kehilangan audience/prospek tu?

Sebenarnya, ada 1 cara ni dan tak ramai yang gunakan cara ni.

Caranya adalah → BUAT FB ADS RETARGETING

Apa itu “Retargeting”

Buat anda yang follow artikel dan perkongsian saya baru-baru ni, mesti pernah dengar tentang retargeting.

(NotaTeknik ni juga dikenali sebagai teknik SAKA)

Tapi, mungkin anda masih samar-samar tentang retargeting.

Jadi, biar saya terangkan dulu apa maksud retargeting ni.

Secara asasnya, retargeting ni adalah iklan yang kita target semula pada audience yang dah pernah engage page, website atau video kita.

BACA JUGA: Inilah Strategi FBads Retargeting yang Berjaya Hasilkan 5 Angka!

Retargeting boleh dibuat kepada:

  • Audience yang pernah klik ke website kita.
  • Audience yang pernah baca konten canvas/website kita.
  • Audience yang pernah tonton video.
  • Audience yang pernah like, komen atau share post yang ada dalam page kita.

Pernah tak anda survey produk yang ada di website marketplace seperti Shopee, Lazada atau 11street… kemudian anda keluar dari website tanpa buat sebarang pembelian.

Buka-buka je FB nampak iklan produk yang anda survey tu.

Haaa… tu la salah satu jenis iklan retargeting.

contoh saka

(Ni contoh iklan retargeting. Kalau anda masuk 11street dan tak buat sebarang pembelian, anda akan nampak iklan ni di FB anda.)

Tapi… penting sangat ke Retargeting ni?

Mungkin anda rasa retargeting ni tak penting.

Ya, anda masih boleh buat jualan dan dapat ROI yang menguntungkan walaupun tak buat retargeting.

Tapi, kalau tak buat retargeting, anda sebenarnya dalam kerugian secara tak langsung.

Kenapa?

Sebab, pesaing makin lama makin ramai, iklan di FB makin banyak.

Jadi, ianya akan menyebabkan kos iklan makin meningkat.

Selain tu, gaya hidup yang makin sibuk menyebabkan prospek cenderung untuk menangguh dari beri respon pada iklan.

Masuk tahun 2019 ni, tanpa retargeting, iklan anda mungkin hanya sekadar dapat bagi anda “BREAKEVEN” je.

(Nota: Maksud breakeven adalah tak untung dan tak rugi. Kira lepas tolak kos iklan, walaupun anda tak rugi, tapi anda juga masih tak untung)

Berita baiknya, dengan strategi Retargeting yang betul, kita dapat convert audience yang berminat (tapi lupa nak respon pada iklan) dan naikkan jualan sehingga 70%.

Masih tak nampak logiknya?

Baik, saya bagi satu contoh senario:

Senario 1 (1 kempen menjual dan tak buat retargeting)

Bajet iklan: RM100
Reach: 10,000 orang
CTR: 3.00% (ada 300 orang klik iklan)
Jumlah Leads: 8 – 10 orang prospek
Jumlah Close: 2 – 3 orang pelanggan

Senario 2 (1 kempen menjual + 1 kempen retargeting)

Bajet iklan: RM100+RM20 (bajet iklan retargeting)
Reach: 10,000 orang
CTR: 3.00% (ada 300 orang klik iklan)
Jumlah Leads: 15- 20 orang prospek
Jumlah Close: 4 – 6 orang pelanggan.

Cuba perhatikan pada senario 2, dengan tambahan bajet RM20 je, kita dapat tambah 15-20 leads dan naikkan lagi jumlah pelanggan.

Pada senario 1, kita perlu spend RM200 semata-mata nak dapatkan 20 leads!

Kenapa perlu naikkan bajet iklan sehingga RM200 kalau kita boleh dapat result yang sama dengan hanya run kempen retargeting? =)

Sebab tu saya kata, retargeting adalah cara yang paling mudah untuk naikkan jualan.

Tapi, macam susah je nak buat retargeting ni…?

Sebenarnya, tak susah pun… Ada 3 langkah je :

1. Pasang pixel pada website (kalau anda tak guna website, teruskan langkah 2).

2. Lepas tu buat custom audience. Kalau anda tak guna website, boleh pilih custom audience post engagement, video view atau canvas visitor

3. Lepas dah create custom audience tu, boleh buat ads. Masukkan custom audience sebagai targeting. Tak perlu setting umur, jantina dan interest.

    Column custom audience ni adalah column pertama yang anda akan jumpa masa setting ads (sebelum column location).

    Trick BONUS:

    (Tujuan utama trick ni adalah, kalau anda perasan, bukan semua audience yang klik link whatsapp akan whatsapp kita pun. Sebab tu jumlah link klik tak sama dengan jumlah whatsapp sebenar).

    Cuma, anda perlukan sistem pihak ketiga untuk tanam pixel pada link whatsapp, sebab kita tak tanam pixel pada link whatsapp secara langsung.

    Antara sistem yang saya sarankan adalah, kliksini.my.

    Saya dah cuba sistem ni lebih dari 3 bulan dan setakat ni takde masalah.

    Anda boleh daftar dan guna secara PERCUMA je sistem ni.

    NOTA KAKI:

    Apa yang saya share ni hanya 5%-10% je dari keseluruhan teknik. Saya tak dapat share semua dalam satu artikel secara bertulis sebab ianya agak teknikal.

    Ilmu teknikal ni kena tunjuk demo secara visual (guna video). Kalau baca artikel bertulis ni, memang susah sikit nak faham.

    Buat anda yang nak belajar secara detail dan lebih lagi… Saya sarankan anda sertai kelas online RETARGETING MASTER. 

    Dalam kelas ni, anda bakal belajar tentang step-by-step dan A-Z tentang teknik FB Ads retargeting yang terkini dan berkesan.

    Klik link ni untuk dapatkan video panduan ni : https://buycheckout.onpay.my/order/form/3

    Kalau nak tengok dan ketahui modul lengkap dan apa yang anda bakal belajar, klik je pada gambar dibawah:

    ]]>
    http://danialarif.com.my/fb-ads-tarik-leads-pelanggan/feed/ 0
    Cara Pilih Targeting Dan Interest FB Ads Yang Berkesan http://danialarif.com.my/targeting-interest-fb-ads/ http://danialarif.com.my/targeting-interest-fb-ads/#respond Mon, 14 Jan 2019 07:03:06 +0000 http://danialarif.com.my/?p=29413

    “Tuan, saya jual produk XXX, kalau buat ads, nak guna interest apa ya?”

    Inilah soalan yang kerap saya terima dari tahun 2013 sehingga kini.

    Disebabkan soalan ni agak hot, saya buat terus satu video khas untuk jawab soalan ni.

    Dalam video ni, saya tunjukkan pada anda, macam mana nak tentukan targeting dan interest yang betul.

    Kalau anda guna teknik ni, InsyaAllah, lepas ni ads anda akan kena pada orang yang tepat.

    Dengan syarat, copywriting dan gambar yang anda guna pun menarik la.

    Kalau targeting dan interest betul, tapi copywriting dan gambar tak menarik, ads ke laut juga.

    Huhu…

    Okay, saya tak nak cerita panjang, anda tonton je video ni.

    ]]>
    http://danialarif.com.my/targeting-interest-fb-ads/feed/ 0
    Inilah Strategi FBads Retargeting yang Berjaya Hasilkan 5 Angka! http://danialarif.com.my/strategi-fbads-retargeting/ http://danialarif.com.my/strategi-fbads-retargeting/#respond Mon, 19 Nov 2018 10:34:17 +0000 http://danialarif.com.my/?p=29325
    (NOTA: Strategi yang saya kongsikan dalam artikel ni memerlukan asas dalam ilmu marketing funnel dan FB Ads Retargeting. Buat anda yang nak belajar tentang teknik retargeting, strategi dan marketing funnel, anda boleh >>klik sini<<)

    AlhamduLillah, baru-baru ni salah satu klien yang saya uruskan berjaya dapat jualan lebih dari RM69,986 dalam masa 3 minggu.

    BACA JUGA: Cara Naikkan Jualan Bulan Ni Tanpa Perlu Naikkan Bajet FB Ads

    Klien yang saya uruskan ni adalah sebuah syarikat travel yang berpangkalan di Kelantan.

    (Nama syarikat tersebut saya tak boleh dedahkan sebab saya tertakluk pada perjanjian privasi dengan klien. Saya tak diizinkan untuk dedahkan nama syarikat tersebut kepada public.)

    Sumber pendapatan utama mereka datang dari pakej umrah.

    Maknanya, harga servis adalah lebih dari RM4000.00

    Platform iklan yang digunakan hanya FB Ads.

    Ini membuktikan, FB Ads masih relevan walaupun produk/ servis kita harganya PREMIUM.

    Kita cuma perlukan strategi yang betul dan target market yang betul je.

    Oh ya! Sebelum tu, saya nak maklumkan.

    Artikel kali ni agak panjang, sebab saya nak bukan hanya share strategi… Tapi, saya juga akan share setting FB ads yang digunakan.

    Jadi, kalau sekarang anda masih belum betul-betul ada masa lapang, share je dulu artikel ni.

    Supaya nanti bila ada kelapangan masa, anda boleh baca semula artikel ni.

    Kenapa saya kongsikan artikel ni?

    Matlamat saya adalah, saya nak bantu anda dapatkan ROI yang positif dengan platform FB Ads.

    Saya betul-betul harap anda yang baca artikel ni, terus praktikkan strategi yang saya kongsikan ni.

    Siapa yang baca dan praktikkan strategi ni, saya doakan jualan dia digandakan bulan ni juga!

    Amin~ InsyaAllah…

    Okay, sebelum kita teruskan, saya nak maklumkan sikit tentang mindset iklan.

    Keberkesanan iklan diukur berdasarkan pulangan (BACA: Jualan) yang kita terima.

    Kita bukan kejar kos iklan murah, bukan tengok CPC, CPE dan segala mak nenek metrik yang ada dalam ads manager tu.

    Selagi mana kita dapat ROI yang memberangsangkan, kita abaikan je cost per click, cost per engagement semua tu.

    Jelaskan? =)

    Baiklah, sebelum tu, saya nak share laporan kempen syarikat travel tersebut.

    Disclosure:
    Kos iklan yang dipaparkan diatas adalah kos iklan untuk tempoh seminggu. Jumlah iklan untuk tempoh 3 minggu adalah RM1,728.51.

    Kempen iklan berjaya menarik lebih dari 100 prospek dalam masa seminggu.  Jualan berjaya dikunci pada minggu ketiga dan seramai 14 orang menjadi pelanggan.

    Saya tak pasti berapa jumlah jualan sebenar mereka.

    Tapi, jom kita buat kira-kira sikit.

    Saya anggap semua 14 orang pelanggan ni pilih pakej Umrah yang paling murah, iaitu RM4999

                    JUMLAH ANGGARAN JUALAN=RM4999 x 14 orang
                    JUMLAH JUALAN = RM69,986

    Berapa kali ganda ROI tu?

    ROI = (Jualan – Kos Iklan) / Kos Iklan X 100% = 3948.9%

    Maksudnya, pulangan yang klien saya terima adalah 3948.92%

    Belanja iklan RM1,728.51, sales RM69,986…

                    “Alaaa… tu jualan. Belum tentu untung lagi.”

    Ya, betul la tu.

    Macam saya cakap pada awal ariktel ni, keberkesanan iklan diukur berdasarkan pulangan. Bukan tengok CPC, CPE atau jumlah like dan komen.

    Jadi, jom cuba kira keuntungan pula.

    Margin untung bisnes Umrah ni adalah 15%-20%.

    Kita anggap je margin untung klien saya ni 15%

                    Untung kasar= RM69986 x 15%
                    Untung kasar= RM10,497

    Berapa pula untung lepas tolak kos ads?

                    Untung kasar lepas bayar duit iklan= RM10,497 – RM1,728.51
    Untung kasar lepas bayar duit iklan= RM8,769.39

    Masih lagi menguntungkan… kan?

    Jadi, apa strategi yang kami gunakan?

    Baiklah, kita masuk kepada bab strategi pula.

    Langkah #1 – Buat Iklan Menjual Guna Video

    Ini maklumat ringkas tentang ads yang kami buat:

    • Objektif : Messages
    • Bajet Ads : RM100-RM1k sehari
    • Umur : 40-65
    • Interest: Dr Maza, Haron Din, Hadi Awang, Bank Islam, Ikim FM
    • Potential Audience :300k

    Kami gunakan objektif Messages sebab nak bawa prospek masuk dalam inbox messenger terus.

    “Kenapa guna objektif Messages? Kenapa tak guna objektif Traffic dan set Messenger sebagai destination? Ada beza ke?”

    Ya, ada beza. 😉

    Bila guna objektif Messages, FB akan hantar iklan kita kepada audience yang ada potensi untuk masej kita.

    Kalau guna objektif Traffic pula, FB akan hantar iklan pada audience ada potensi untuk klik je.

    Tapi, tak semestinya mereka akan masej.

    Ada kekurangan tak guna objektif Messenger?

    Ada, setakat ni, saya nampak reach iklan Messenger tak laju macam objetif Post Engagement.

    Dari segi saiz audience pula, saya sarankan dalam lingkungan 300k-500k je kalau bajet iklan anda kecil.

    (Bajet iklan kurang dari RM200/hari dikira sebagai kecil)

    Supaya, iklan anda hanya capai audience yang betul-betul targeted.

    Ini pula maklumat tentang kreatif Iklan:

    • Ayat Iklan yang digunakan pendek dan ‘straight to the point’ je.
    • Copywriting fokuskan USP, Offer dan kelebihan.
    • Visual: Iklan ni kami gunakan video dengan durasi 30 saat – 1 minit.

    TIPS TAMBAHAN: Gunakan video  jenis petak (1:1) dengan resolusi 800x800. Letakkan headline pada video. Rujuk gambar dibawah sebagai contoh.

    Kenapa guna video petak 1:1?

    Sebab, bila masuk dalam newsfeed FB, video tu ambil ruang separuh dari skrin phone.

    Jadi, ianya lebih menarik perhatian.

    Selain dari format 1:1, headline yang kita masukkan pada video juga akan buatkan audience berhenti dan tonton video iklan kita.

    Alang-alang, letak CTA sekali dekat bawah video.

    Kalau kurang faham, anda boleh rujuk screenshot video dibawah ni:

    Dari segi konten pula, dalam video kita  guna konten yang sama macam ayat iklan juga.

    ->Fokus pada USP, kelebihan dan offer.

    Saya rekemen gunakan video sebab audience lebih mudah hadamkan point dalam video berbanding ayat iklan.

    Orang mungkin malas nak baca ayat iklan, tapi biasanya mereka akan tonton video.

    Sebab tu juga, durasi video cukup hanya 30-60 saat je.

    Video yang terlalu panjang akan buatkan audience rasa malas untuk tengok.

    Langkah #2 – Buat Retargeting

    Buat anda yang belum tau apa tu retargeting, ianya adalah iklan yang kita target semula audience yang pernah engage dengan iklan kita.

    Contoh, kita dah buat iklan video, kita boleh buat iklan kedua dan hanya target audience yang dah pernah tengok video iklan yang pertama.

    Iklan retargeting ni juga dikenali sebagai iklan SAKA.

    Sebab, ianya akan sentiasa menghantui newsfeed audience kita.

    Kenapa kena buat retargeting?

    Ini 4 sebab utama:

    1. Berdasarkan kajian FB, 7 dari 10 pengguna scroll FB masa mereka tak berapa lapang (contoh: tunggu traffic light hijau, tunggu order makanan sampai, masa tengha take 5 di ofis).
    2. Hanya 3 dari 10 pengguna je yang scroll FB masa mereka tengah betul-betul free.
    3. Hanya 2 dari 10 orang prospek je akan terus hubungi kita lepas nampak iklan.
    4. Baki lagi 3-5 orang prospek akan hubungi kita lepas beberapa kali nampak iklan kita.

    Ada prospek yang berminat dengan produk kita, tapi mereka lupa nak pm/whatsapp sebab lupa.

    Sebab tu, kita buat RETARGETING.  

    Sistem retargeting ni ibarat anda ada robot yang tolong follow-up remind prospek yang berminat.

    Supaya, audience yang dah engage dengan iklan kita ‘keep’ nampak iklan kita berulang kali.

    Jadi, mereka takde alasan untuk lupa lagi dah.

    Selain tu, kalau ada prospek yang asyik 50-50, mereka mungkin akan whatsapp/pm kita juga setelah berkali-kali nampak iklan kita.

    Untuk buat retargeting, anda boleh follow 3 langkah ni:

    1. Buat custom audience
    2. Buat iklan target custom audience, tak perlu setting umur atau interest.
    3. Letakkan bajet 15%-20% je dari bajet iklan utama. (Contoh, bajet iklan utama RM100, iklan retargeting boleh letak RM15-RM20 je sehari)

    Berdasarkan kajian dari FB juga, retargeting dapat naikkan JUALAN SEHINGGA 70%,

    Katakan kalau sebelum ni tak buat retargeting jualan anda adalah RM10,000 sebulan.

    Dengan retargeting, anda boleh naikkan jualan sehingga RM17,00 sebulan dengan hanya tambah bajet iklan 15% je.

    Best kan?

    Untuk buat iklan yang boleh jana 5-6 angka…

    Saya tak rekemen anda untuk ‘maintain’ dengan iklan jenis post engagement dah.

    Sebab iklan jenis ni makin tepu akibat ianya telah digunakan oleh ribuan usahawan sejak dari tahun 2012 lagi.

    Saya sarankan anda untuk:

    1. Buat iklan Messages dan gunakan video format 1:1 sebagai “Ads Creative”
    2. Pastikan create custom audience video view 75%.
    3. Kena buat 1 iklan retargeting pada audience video view 75%.
    4. Gunakan chatbot untuk naikkan lagi conversion rate jualan.

    Anda kehilangan dan rugi dari segi angka jualan sehingga 70% kalau tak buat retargeting.

    Nota:

    Nak belajar strategi dan teknik yang saya kongsikan ni secara praktikal dan dengan lebih detail?

    Saya sarankan anda sertai kelas online RETARGETING MASTER supaya anda dapat kuasai kemahiran ini:

    • FB Marketing Funnel
    • FB Ads Retargeting Strategy 2019
    • Teknik Content Marketing
    • Teknik menulis konten yang power
    • Dan modul-modul tambahan yang akan dikongsikan secara LIVE dari masa ke semasa.

    Dalam kelas ni, anda dapat tengok strategi lengkap dan saya tunjukkan praktikal secara LANGKAH DEMI LANGKAH. Anda boleh tengok video sambil praktik.

    Tak perlu risau terlepas atau tak dapat nak “Catch-up” macam kelas offline.

    Anda boleh pause, play dan rewind bila-bila masa je. =)

    Semuanya ada lebih dari 9 video dengan durasi hampir 2 jam. 

    Selain dari video panduan, kelas ni juga ada group support FB.

    Kalau anda kurang faham atau ada soalan berkaitan modul, boleh terus tanya dalam group.

    Apa yang saya share dalam artikel ini hanyalah 10% je dari keseluruhan konten kelas Retargeting Master.

    Saya tak dapat kongsikan semuanya dalam artikel blog, sebab ilmu teknikal ni kena demo baru best. =)

    Klik pada link ni untuk daftar : https://buycheckout.onpay.my/order/form/rm

    Atau… boleh klik pada gambar dibawah untuk daftar sekarang:

    ]]>
    http://danialarif.com.my/strategi-fbads-retargeting/feed/ 0
    Cara Naikkan Jualan Bulan Ni Tanpa Perlu Naikkan Bajet FB Ads http://danialarif.com.my/naik-jualan-up-fbads/ http://danialarif.com.my/naik-jualan-up-fbads/#respond Wed, 07 Nov 2018 05:50:52 +0000 http://danialarif.com.my/?p=29267

    (Nota: Sebelum anda buat iklan FB Ads, anda kena tau macam mana nak buat ayat iklan yang memukau. Ayat iklan yang power membantu anda untuk dapatkan lebih ramai pelanggan. Sertai kelas online Copy Master 2.0 untuk belajar seni menulis ayat iklan yang berpengaruh.)

    Betul ke?

    Betul ke kalau nak naikkan jualan, kena naikkan bajet FB Ads kita?

    Hmmm…

    Pada pendapat saya, TAK semestinya.

    (Pendapat ni adalah berdasarkan pengalaman saya dalam dunia bisnes hampir 10 tahun).

    Saya tak nafikan, kalau iklan dah perform kena naikkan bajet iklan supaya kita boleh dapat lebih banyak leads.

    Tapi, naikkan bajet iklan bukan satu-satunya cara yang ada.

    Ada banyak lagi cara lain.

    Ada beberapa lagi strategi lain yang boleh bantu anda tingkatkan juala tanpa perlu sentuh langsung apa-apa setting pada FB Ads.

    Haaa… macam mana tu?

    BACA JUGA: 7 Cara Untuk Tingkatkan “POWER” Copywriting Anda (Supaya Prospek Tak Sabar-Sabar Nak Membeli)

    Mesti anda tak sabar nak tau kan?

    Okay, saya ceritakan terus pada artikel ni, 3 cara yang boleh digunakan untuk naikkan jualan bisnes anda.

    Apa yang bestnya, 3 tips ni boleh tingkatkan jualan anda bulan ni juga!

    Dengan syarat, lepas habis baca artikel ni, terus amalkan.

    “Pepatah Melayu: Kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya (muka senyum)”

    Okay, saya terus masuk kepada poin pertama.

    #1 Tawaran Meleleh

    Eh? Apa kaitan tawaran dengan naikkan jualan? 

    Bukan lagi merugikan peniaga ke kalau bagi tawaran ni?

    Okay, mungkin anda rasa rugi.

    Tapi, sebenarnya, tawaran meleleh ni boleh bantu anda naikkan jumlah leads yang masuk.

    Katakan, biasa anda buat FB Ads dengan bajet RM30/hari, anda dapat 3 leads.

    Tapi, dengan adanya tawaran meleleh pada copywriting, jumlah leads yang masuk dapat digandakan (belanja RM30/day tapi leads yang masuk 6). 

    Bila leads yang masuk lebih banyak, peluang anda untuk dapatkan pelanggan pun lebih tinggi.

    Apa tu tawaran meleleh?

    Tawaran yang meleleh ni merujuk kepada “OFFER” tambahan yang anda berikan

    Bila saya kata TAWARAN MELELEH, maksudnya tawaran tu kena betul-betul menarik sampai prospek rasa teruja dan tak sabar-sabar nak serahkan duit mereka pada anda.

    Bukan sekadar offer POS PERCUMA.

    Pos percuma dah tak meleleh disebabkan ianya satu tawaran yang ‘common’.

    Tawaran meleleh ni adalah tawaran yang ‘rare’, tak ramai penjual berikan tawaran tersebut.

    Ada banyak jenis tawaran yang meleleh, tapi saya share 2 je dulu dalam artikel ni sebab tak nak artikel ni jadi terlalu panjang.

    (Nak tau semua jenis tawaran meleleh yang ada? Saya ada cerita lebih lanjut disini >>COPY MASTER<< )

    Tawaran #1: Jaminan Pulangan Wang

    jaminan pulangan wang

    Dekat ayat iklan anda, boleh maklumkan yang anda tawarkan jaminan pulangan wang.

    Kalau pelanggan rasa produk tak berkesan, mereka boleh minta refund.

    Tawaran macam ni agak meleleh sebab ianya buatkan prospek rasa selamat dan tak rugi untuk cuba.

    Dalam masa yang sama, tawaran ni bagi persepsi yang positif terhadap produk anda.

    Prospek akan rasa macam ni: “Mesti produk ni bagus sampai penjual ni sanggup bagi jaminan pulangan wang.”

    Cuma, pastikan produk anda betul-betul berkualiti kalau nak bagi tawaran begini.

    Dan jangan takut untuk tawarkan refund, sebab biasanya hanya 2 dari 100 orang pelanggan yang akan minta refund. Kita masih untung lagi.

    Selain tu, kalau nak bagi ‘money back guarantee’, perlu letak terma dan syarat.

    Antara syarat yang perlu diletakkan adalah:

    • Letakkan tempoh waktu. Contohnya: Guna produk selama 60 hari, kalau tak puas hati baru boleh refund.
    • Pelanggan kena pos semula produk, lepas produk diterima baru refund akan diberikan.

    2 syarat ni akan selamatkan kita sebagai seller dari terima pelanggan-pelanggan dari “SYURGA” yang tak serius dan suka-suka hati nak refund. :p

    Tak tau macam mana nak masukkan tawaran ni dalam ayat iklan?

    Copy paste je contoh ni:

    “Kalau anda cuba PRODUK X sekarang dan lepas 60 hari masih tak nampak sebarang kesan atau takde rasa sebarang perubahan…

    Hubungi kami semula dan kami akan pulangkan semula duit anda 100%! Tak ada risiko untuk cuba.”

    Tawaran #2: FREE + FREE + FREE

    Siapa yang tak suka barang free kan?

    Haha…

    Kalau anda tak nak bagi tawaran jaminan pulangan wang, anda boleh bagi tawaran #2 ni.

    Tawarkan sekurang-kurangnya 3 free gift pada prospek anda.

    Cuma, pastikan free gift tu ada kaitan dengan produk yang dijual dan free gift tu ada value dan boleh bantu percepatkan prospek untuk dapat result (contoh: jual supplement sado, bagi free gift ebook senaman).

    Jangan bagi free gift yang tak ada kaitan dengan produk (contoh: jual ubat kurus, bagi free gift mangkuk).

    Untuk tawaran jenis ni, anda boleh guna format ayat iklan macam ni (nak copy paste contoh yang saya bagi ni pun boleh)

    Contoh ayat iklan:

    Saya memang serius nak bantu anda dapatkan body idaman, sebab tu saya nak bagi 3 lagi free gift ni pada anda yang dapatkan PRODUK X:

    • Free Gift #1: Video 21 Workout untuk Kempiskan Perut (BERNILAI: RM99.00 FREE)
    • Free Gift #2: Ebook 30 Resepi Masakan untuk Diet (BERNILAI: RM99.00 FREE)
    • Free Gift #2: Group whatsapp dan Consultation (BERNILAI: TAK TERNILAI FREE)

    Ada 3 lagi tawaran meleleh…

    3 tawaran lain yang anda boleh berikan adalah:

    1. Waranti (Lagi lama tempoh waranti lagi bagus)
    2. Diskaun untuk tempoh masa terhad
    3. Diskaun untuk kuota terhad

    Saya tak huraikan lebih lanjut 3 jenis tawaran ni, sebab ianya bukan fokus utama untuk artikel kali ni.

    Sebenarnya, tawaran #1 dan tawaran #2 tu pun dah cukup meleleh dan boleh terus apply dah.

    Tapi, buat anda yang nak juga tau kesemua 5 jenis tawaran meleleh ni, anda  boleh rujuk disini >>COPY MASTER<<

    #2 Upselling

    Upselling ni maksudnya cubaan untuk memujuk prospek untuk beli lebih banyak dari kita.

    Dengan erti kata yang lain, kita cuba nak naikkan jumlah transaksi per pelanggan.

    Ada 2 cara untuk upsell:

    1. Pujuk prospek yang berminat untuk beli sekurang-kurangnya 3 unit produk. Bagi mereka diskaun kalau mereka beli 3 unit.
    2. Boleh tawarkan pakej combo. Sebagai contoh, kalau anda jual produk pencuci muka, tawarkan mereka set pencuci muka, toner, krim dan apa saja yang ada kaitan. 

    Anda boleh pilih nak guna cara yang mana, bergantung pada kesesuaian.

    Biasanya, kalau skrip upsell kita power, 50% dari pelanggan akan ambil pakej upsell kita.

    Ni contoh skrip upsell yang saya pernah guna masa meniaga air suatu masa dulu:

    “Tuan/Puan, nak tak ambil bungkusan yang paling besar? Tambah RM1 je, boleh minum satu family terus?”

    tips meniaga air balang bazar ramadhan

    (Ni gambar masa saya baru setup gerai meniaga air balang)

    Pssss… Skrip ni saya dapat ilham masa saya makan dekat MekDi. Kenapa perlu pening-pening fikir kalau ada contoh yang terbukti berkesan depan mata kan? :p

    Ni pula skrip upsell yang saya pernah guna masa jual minyak kelapa dara:

    “Puan, kalau ambil 1 botol, RM40.

    Tapi, kalau ambil 3 botol, saya bagi diskaun RM40, total hanya RM80 je dan sebagai tambahan, saya bagi pos percuma.

    Nak tak ambil 3 botol terus puan?”

    Dengan skrip pertama tu, 7 dari 10 orang pelanggan yang datang beli air saya akan terima upsell dan beli air bungkusan yang paling besar.

    Skrip kedua tu pula saya guna masa close sale dalam whatsapp.

    Masa tu saya jual minyak kelapa dara dan guna FB Ads untuk promote. Skrip kedua tu berkesan juga, 5 dari 10 orang pelanggan akan beli pakej kombo 3 botol. ^_^

    Tak kisah anda meniaga online atau offline, boleh je guna dua-dua skrip ni.

    Dengan cara ni, keuntungan kita akan meningkat sehingga 2 kali ganda berbanding kita jual tanpa upsell. 

    Upselling ni popular di restoren makanan segera.

    Kalau kita nak beli ayam goreng, mereka akan tawarkan kita untuk beli set ‘instead of’ beli ayam goreng je. 

    Tu la contoh upsell yang paling mudah.

    skrip upsell pelanggan

    #3 Cross-selling

    Aik?

    Cross-selling ni apa pula?

    Cross-selling ni merujuk pada cubaan kita memujuk pelanggan sedia ada (dari database pelanggan) untuk beli produk lain pula.

    Katakan, kita dah meniaga jual ubat kurus selama 2 tahun.

    Selama berniaga, kita ada simpan 1000 database pelanggan yang pernah membeli.

    Kita boleh follow-up mereka semula dan pujuk mereka beli pula supplement untuk dapatkan badan sado.

    Senang cerita, kita nak pelanggan sedia ada beli produk lain yang ada kaitan dengan produk sebelum ni.

    Contoh yang kedua pula, kalau anda jual tudung, setiap kali launching tudung baru, boleh hubungi pelanggan sedia ada dulu dan cross sell mereka tudung baru. 

    Kalau nak jual jubah pada mereka pun boleh.

    Tak kisah la apa pun produknya, yang penting ada kaitan dengan niche anda.

    Kalau modal anda terhad, boleh je berbincang dan bekerjasama dengan rakan usahawan lain untuk sama-sama corss-sell pada pelanggan masing-masing.

    jv untuk cross sell

    Atau, anda boleh je jadi dropshipper produk lain. 

    Walaupun keuntungan dropship ni sikit, tapi tak apa.

    Anda bukan ada keluarkan duit untuk buat ads pun. Hihi…

    Cuma perlu luangkan sikit masa untuk follow-up pelanggan melalui whatsapp je.

    Oh ya!

    Untuk pastikan cross-sell ni berjaya, anda kena tawarkan diskaun.

    Bagi la special price pada pelanggan sedia ada. InsyaAllah, dengan teknik dan skrip yang betul, sekurang-kurangnya 10% dari pelanggan sedia ada akan beli produk baru anda.

    Ini contoh skrip cross sell:

    “Terima kasih sebab jadi pelanggan kami. Sebagai penghargaan pada anda, saya nak bagi diskaun RM20 untuk produk terbaru kami.

    Produk ni bakal launch pada XX/XX/XXXX pada public. Tapi, saya buat promosi pre-launch eksklusif khas untuk pelanggan sedia ada. 

    Promosi pre-launch diskaun RM20 ni dibuka sehingga XX/XX/XXXX, lepas tu harga dinaikkan dan takde lagi diskaun.

    Untuk dapatkan produk X pada harga diskaun, reply je “MINAT” pada whatsapp ni ya? =)

    Kesimpulan

    Kalau anda ada modal yang terhad untuk buat iklan FB Ads, tapi teringin nak rasa jualan dan untung yang berganda, follow je 3 strategi ni.

    Sepanjang saya buat bisnes online, 3 teknik diatas ni memang menjadi.

    Teknik #2 tu paling best, bukan je berkesan untuk online, bahkan sangat berkesan untuk bisnes offline juga.

    Cuma, untuk pastikan ketiga-tiga cara diatas tu berkesan, susunan ayat/skrip yang kita guna tu perlu menarik.

    Untuk buat ayat yang menarik, anda perlu ada ilmu asas copywriting yang betul.

    Buat anda yang nak belajar cara tulis ayat iklan yang memukau, anda boleh sertai kelas copywriting online bersama saya.

    Klik sini untuk join —> http://www.danialarif.com.my/cm

    ]]>
    http://danialarif.com.my/naik-jualan-up-fbads/feed/ 0
    7 Cara Untuk Tingkatkan “POWER” Copywriting Anda (Supaya Prospek Tak Sabar-Sabar Nak Membeli) http://danialarif.com.my/7-cara-untuk-tingkatkan-power-copywriting/ http://danialarif.com.my/7-cara-untuk-tingkatkan-power-copywriting/#respond Thu, 26 Jul 2018 13:04:46 +0000 http://danialarif.com.my/?p=29192

    Penting ke copywriting ni?

    Untuk jawab soalan ni, saya kena terangkan satu perkara ni.

    Bila anda buat iklan FB Ads, anda bermain dengan 2 perkara ni:

    1. Teknikal FB Ads
    2. Psikologi

    Kita kuasai aspek teknikal FB Ads sebab nak pastikan iklan kita boleh disasarkan pada golongan yang betul.

    Tapi, kita kena tau, walaupun iklan yang disasarkan tu kena pada golongan yang tepat, ianya masih tak menjamin iklan tu berkesan.

    Sebab, apa yang penting adalah, aspek psikologi iklan tu sendiri, iaitu ayat iklan yang digunakan.

    Tanpa ayat iklan yang menarik, prospek tak akan ada perasaan teruja untuk dapatkan produk/servis yang anda tawarkan.

    cara buat ayat power sampai pelanggan teruja

    Jadi, penting ke tak copywriting ni?

    Ya! Sangat penting!

    Jadi, saya sarankan baca artikel ni sampai habis.

    Lepas habis baca nanti, terus amalkan 7 tips ni. Copywriting anda akan jadi makin power! InsyaAllah.

    #1 – Masukkan Track Record


    “Track Record”?

    Apa tu?

    Maksud “Track Record” adalah, apa yang telah dicapai oleh produk/servis anda.

    Ada tak apa-apa kejayaan yang produk anda dah capai?

    Anda boleh nyatakan dalam copywriting berapa unit telah terjual.

    Tapi, ni tak cukup “power”.

    Copywriting anda akan jadi lebih berpengaruh kalau anda cerita berapa orang telah berjaya dapat “Positive Result”” lepas guna produk anda.

    Contoh, kalau anda jual ubat gemuk.

    Anda boleh nyatakan berapa orang dah berjaya gemuk lepas guna produk anda.

    “1,426 orang telah berjaya kurus dengan amalkan Qu Gendut.”

    Hey, ini hanya sekadar contoh, jangan ambil serius ya. 😉

    Kalau nak masukkan track record dalam copywriting, pastikan anda guna angka yang tepat.

    Contoh:

    1,426 (jangan tulis 1,000)

    Kalau anda tak pasti angka yang tepat. anda boleh follow ayat ni:

    “Lebih dari 1,426 orang telah berjaya bla bla bla dengan produk X”

    #2 – Gunakan Elemen Autoriti

     

    Autoriti ni adalah elemen yang akan menguatkan kepercayaan prospek kepada produk anda.

    Ada tak pakar yang iktiraf produk anda?

    Atau, ada tak kajian dari saintis/pengkaji yang mengesahkan bahan yang ada dalam produk anda tu, boleh bantu prospek anda untuk capai impian mereka.

    Kalau ada, anda boleh masukkan dalam copywriting.

    Tapi, kalau tak ada, jangan pula reka-reka ya?

    Masih ada 4 lagi cara yang anda boleh follow, teruskan baca.

    #3 – Tonjolkan Kredibiliti


    Macam mana nak tonjolkan kredibiliti produk anda? Anda boleh kongsikan testimoni dalam iklan anda.

    Selain tu, anda juga boleh jadikan kisah pelanggan anda sebagai ayat iklan.

    Kalau nak gunakan teknik ni, anda boleh cuba interview pelanggan yang pernah repeat order lebih dari 3 kali.

    Cuba korek kisah pelanggan tu.

    Anda boleh tanya mereka 4 soalan ni:

    1. Apa yang terjadi dalam hidup dia?
    2. Apa usaha yang dia pernah cuba tapi gagal?
    3. Macam mana dia jumpa produk anda?
    4. Apa perubahan yang ketara berlaku dalam hidup pelanggan lepas amalkan produk anda?

    Catit setiap point penting yang keluar dari mulut pelanggan setia anda tu.

    #4 – Pastikan Headline Menarik Minat Prospek

    “7 dari 10 iklan gagal sebab headline tak cukup menarik”

    Pernah tak dengar kenyataan ni?

    Ya, headline memainkan peranan yang besar dalam menentukan keberkesanan iklan anda.

    Headline menarik ni, tak semestinya kena panjang dan guna perkataan power-power.

    Saya pernah cuba headline pendek untuk iklan produk ubat gatal-gatal. Ini headline yang saya guna:

    “GATAL-GATAL CELAH KANGKANG”

    Ya, hanya 3 perkataan je.

    Apa yang penting, headline tu boleh tarik perhatian prospek yang kita sasarkan.

    Kalau tengok headline yang saya guna tu, agak-agak orang yang ada masalah gatal-gatal celah kangkang akan baca tak iklan tu?

    Mulai hari ni, ubah mindset anda.

    Kebanyakan masanya, tak perlu pun fikir terlalu “complicated”.

    Kadang-kadang yang simple tu la yang power.

    #5 – Cadangkan Masa Yang Sesuai Untuk Guna Produk Anda

    Okay, tips #5 ni paling sesuai untuk iklan fesyen dan makanan.

    Kalau anda jual jubah, cuba masukkan dalam copywriting, bila jubah tu sesuai dipakai?

    Mungkin anda boleh cuba buat iklan yang target kepada perempuan yang nak jadi bridesmaid wedding BFF dia.

    Dalam copywriting, anda boleh cerita yang jubah tu sesuai untuk bridesmaid dan berikan sebab kenapa ianya sesuai.

    Kalau anda jual snek makanan ringan, boleh juga bagi cadangan bila snek tu sesuai dimakan.

    Tak semestinya cerita dalam copywriting, anda juga boleh gunakan gambar. Contoh, gambar model makan snek anda masa tengah tengok wayang.

    #6 – Peratusan VS Orang

    orang

    Okay, tips #6 ni anda boleh gabungkan dengan tips #1.

    Saya pernah juga guna teknik ni.

    Berapa peratus pelanggan anda yang berjaya capai impian mereka lepas guna produk anda.

    Katakan, dalam 100 orang yang beli ubat gemuk anda, 80 orang berjaya gemuk. Anda boleh masukkan statistic ni dalam copywriting.

    Tapi, jangan guna ‘peratusan’, tapi gunakan “ORANG”. Tak faham? Ini contohnya:

    “8 dari 10 orang yang amalkan Qu Gemuk berjaya gemuk dalam masa 3 bulan.

    Gunakan ‘8 dari 10 orang’, bukan ‘80%’.

    Kenapa? Sebab ianya akan mewujudkan visual yang jelas dalam kepala prospek yang baca iklan tu.

    80% ni susah otak nak bayangkan, tapi kalau tulis ‘8 dari 10’ orang’  otak akan mudah bayangkan.

    Prospek yang baca tu akan fikir macam ni:

    “Eh… senangnya nak gemuk. Aku rasa aku pun boleh jadi salah seorang dari 8 orang tu”

    Kalau perasan, iklan kempen kesihatan dari KKM suka guna teknik ni.

    “2 dari 5 rakyat Malaysia ada sakit bla bla bla…”.

    #7 – Split Test Offer

     

    Biasanya, ramai yang buat split test audience.

    Tapi, secara peribadi, saya berpendapat apa yang lebih penting untuk kita split test adalah offer.

    Sebab, offer ni yang akan menentukan samada prospek rasa teruja atau tak nak buat pembelian.

    Jadi, pastikan anda sentiasa ada offer yang menarik untuk dimasukkan dalam iklan.

    Kalau anda tak tau offer apa yang meleleh, anda boleh cuba brainstorm 2-3 offer.

    Kemudian, buat 3 variasi iklan dengan offer yang berbeza. Letak bajet RM30 pada setiap iklan dan buat ‘Split Test’ selama 3 hari.

    Lepas tu, kaji semula, offer apa yang berjaya dapatkan banyak leas? Offer mana satu yang berjaya naikkan closing rate?  

    Inilah 7 Cara Untuk Powerkan Lagi Copywriting Anda


    Sebenarnya, ada 13 rahsia yang saya simpan.

    Tapi, saya dedahkan 7 jer dulu buat masa ni. 

    Yang lain saya hanya share kepada peserta kelas online Copy Master 2.0.

    Kalau nak tau, boleh join Copy Master 2.0 ya?

    Tapi, jangan risau!

    Kalau anda amalkan betul-betul 7 cara ni pun, anda boleh buat iklan yang memukau dah.

    Dan satu perkara lagi yang anda kena tau, 7 cara ni tak akan mengubah nasib bisnes anda kalau anda tak amalkan.

    “Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.”

    Lepas dah berusaha, berdoa dan bertawakallah. Kerja kita hanya berusaha, yang lain semua kerja tuhan. #DEEP

    Nota Kaki:

    Copy Master  

    Kalau anda nak belajar lebih detail lagi cara-cara dan teknik untuk buat ayat iklan yang power, anda boleh join kelas online Copy Master 2.0.

    Klik link ni untuk join sekarang -> http://www.danialarif.com.my/cm

    ]]>
    http://danialarif.com.my/7-cara-untuk-tingkatkan-power-copywriting/feed/ 0
    Macam Mana Nak Pastikan Anda Dapat Pulangan Yang Postif Melalui Iklan FBads? http://danialarif.com.my/pulangan-postif-iklan-fbads/ http://danialarif.com.my/pulangan-postif-iklan-fbads/#respond Mon, 19 Mar 2018 03:42:34 +0000 http://danialarif.com.my/?p=29153

    Saya percaya, sebagai peniaga online, bila kita buat iklan guna FBads, kita mesti nakkan keuntungan.

    Kalau tak, buat apa nak susah payah setting iklan dan keluar duit kan?

    Tapi, soalnya…

    Macam mana nak pastikan kita berjaya dapat keuntungan melalui iklan FBads?

    Jadi, kali ni, saya nak bongkarkan rahsia untuk buat iklan FBads yang boleh “MENGGEMUKKAN POKET”bisnes anda.

    Dalam video ni, saya tunjukkan cara untuk check samada iklan yang anda buat tu mendatangkan keuntungan atau kerugian.

    Bukan tu je, saya juga share tentang apa yang perlu anda buat jika iklan tak mendatangkan pulangan yang positif (Baca: rugi)

    Oh ya… Sebelum tonton video ni, sila ambil kertas dan pen, sebab anda kena catit nota.

    Apa yang saya bakal dedahkan dalam video ni, penting untuk bisnes anda.

    ]]>
    http://danialarif.com.my/pulangan-postif-iklan-fbads/feed/ 0
    3 Rahsia Terlarang untuk Tukarkan Ayat Iklan Anda Jadi Magnet Pelanggan! http://danialarif.com.my/rahsia-tukar-ayat-iklan-jadi-magnet-pelanggan/ http://danialarif.com.my/rahsia-tukar-ayat-iklan-jadi-magnet-pelanggan/#respond Fri, 26 Jan 2018 07:17:01 +0000 http://danialarif.com.my/?p=29096

    “Produk No 1 di Planet Pluto!”

    “Agung Segala Produk”

    “Produk Pilihan Utama Rakyat Japakistan.”

    …dan ratusan lagi claim-claim yang diragui kebenarannya telah dihamburkan pada ayat iklan.

    Entah la…

    Saya pun tak pasti…

    Berapa puluh produk yang “claim” mereka adalah no 1, raja, penghulu dan apa je la gelaran yang bombastik.

    Soalnya… adakah perlu claim-claim seperti ini untuk memastikan iklan anda betul-betul berkesan?

    Sebenarnya, bagi saya tak perlu pun.

    “We have become so accustomed to hearing everyone claim that his product is the best in the world, or the cheapest, that we take all such statements with a grain of salt.”-Robert Collier-

    Ada cara yang lebih mudah untuk buat ayat iklan yang memukau, tapi ramai usahawan tak tau cara ni.

    Jadi, dalam artikel kali ni saya nak dedahkan 3 rahsia terlarang ni. (Psss… 3 rahsia ni selalu diamalkan oleh penulis ayat iklan yang bertaraf dunia)

    #1 Fokuskan Pada Manfaat, Bukan Ciri-ciri

    Kalau anda baca mana-mana buku copwriting yang ditulis oleh copywriter yang terkenal… Anda pasti akan jumpa tips ni,

    …dan saya sendiri juga tekankan bab ini kepada semua peserta online training Copy Master 2.0.

    Boleh dikatakan, ini adalah perkara utama yang ditekankan oleh majoriti penulis ayat iklan.

    Saya pernah join online training bersama Pam Foster dari AWAI (American Writer and Artist Inc)… Pam Foster ni kata, tips ni sudah banyak kali diulang-ulang, tapi ironinya masih ramai buat kesilapan dengan hanya fokus pada ciri-ciri produk pada ayat iklan.

    Sebelum saya teruskan, saya nak maklumkan apa beza ciri-ciri dan manfaat produk.

    Ciri-ciri adalah apa yang kita nampak secara fizikal pada produk. Contoh ciri-ciri telekung,warna kuning, ada sulaman bunga, ada getah muka.

    Manfaat pula adalah… apa yang pelanggan akan dapat dengan ciri-ciri yang ada pada produk anda.

    Contoh ayat iklan yang hanya fokus pada ciri-ciri

    Telekung Premium XYZ

    • 7 Pilihan Warna Eksklusif
    • Ada getah fleksibel pada muka
    • Ada poket di bahagian dada

    Apa masalah dengan ayat iklan ni?

    Masalah yang besar adalah, bila pelanggan baca ayat iklan ni pelanggan tak rasa teruja pun.

    Ciri-ciri hanyalah informasi semata-mata.

    Ia tak membangkitkan rasa teruja pada pelanggan untuk cuba produk anda.

    Ayat iklan bagi contoh diatas boleh ditambah baik jika ditulis begini:

    Telekung Premium XYZ

    • Ada getah fleksibel pada muka.
      • Bila anda pakai, ngam-ngam je muat pada muka. Tak kira muka jenis petak ke, lebar ke, bulat ke… Telekung ni akan sesuaikan dengan saiz dan bentuk muka
      • Jadi… bila nak solat tu rasa tenang je. Tak perlu risau longgar, dagu dapat ditutup dengan sempurna dan rambut pun tak mudah terkeluar dari telekung.

    Nampak beza ayat iklan yang fokus pada ciri-ciri semata-mata dan ayat iklan yang tekankan manfaat berbanding ciri-ciri?

    #2 Cairkan Hati Pelanggan dengan Emosi

    Ramai usahawan yang baru bermula… mereka hanya fokus pada harga murah.

    …dan dalam ayat iklan asyik cerita tentang murah, murah dan murah.

    Soalnya… adakah semua orang kisah tentang harga murah?

    Sebenarnya… dalam membuat keputusan pembelian, manusia dipengaruhi oleh emosi, bukan logik semata-mata.

    Fakta ini telah pun dibuktikan secara ilmiah melalui sebuah kajian.

    Antonio Damasio, seorang professor yang pakar dalam sains otak dari “University of Southern California” mengatakan… Manusia susah nak buat keputusan (walaupun dalam hal-hal simple) jika pre-frontal cortex mereka rosak.

    Pre-frontal cortex adalah bahagian hadapan otak manusia, dimana bahagian ini ada hubung kait dengan emosi manusia.

    Ini jelas menunjukkan, emosi memainkan peranan yang besar dalam proses kita membuat keputusan.

    Kenapa perempuan nak beli tudung yang cantik-cantik? Sebab nak rasa yakin. Rasa yakin tu berkaitan emosi.

    Kenapa ada orang beli BMW dan bukan Kancil? Nak rasa bangga. Bangga tu emosi…

    Kalau nak cerita bab emosi ni, panjang lagi la. Tak sempat saya nak cover semua dalam satu artikel.

    Boleh join online training Copy Master 2.0 (Klik sini untuk join sekarang), anda akan belajar lebih mendalam tentang hal emosi dalam ayat iklan.

    #3 Gunakan Testimoni dan Tuliskan Cerita

    cerita pelanggan

    Semua manusia sukakan cerita.

    Mak cik bawang suka mengumpat sesama mereka… Sebab mereka sukakan cerita tentang orang yang mereka kenal.

    Perempuan suka tonton drama pukul 7 di TV3 sebab mereka sukakan cerita cita.

    Allah mengajar kita juga melalui kisah-kisah Nabi di dalam Al-Quran.

    Cerita dan manusia memang tak dapat dipisahkan.

    Jadi… gunakan la cerita dalam ayat iklan anda.

    Cuma… Saya menegah anda dari mereka-reka cerita dalam ayat iklan.

    Tapi, tulis la kisah benar berdasarkan testimoni-testimoni pelanggan anda.

    Apabila anda nak tulis cerita, pastikan ada 3 elemen ini:

    1. Apa masalah dan kisah hidup pelanggan anda sebelum mereka gunakan produk/servis anda?
    2. Macam mana mereka jumpa produk dan apa yang pelanggan rasa masa gunakan produk/servis anda?
    3. Apakah perubahan ketara yang berlaku dalam hidup pelanggan lepas cuba produk/servis anda?

    Bila nak pilih testimoni… pastikan testimoni itu ada merangkumi 3 elemen ini supaya anda mudah untuk karang cerita pada ayat iklan.

    Secara asasnya, inilah flow untuk tulis cerita. Dalam Copy Master 2.0, saya akan terangkan secara lebih detail.

    Kesimpulan

    Rahsia untuk menghasilkan iklan yang berkesan terletak pada ayat iklan. Jadi, mulai hari ni dan sampai bila-bila… pastikan anda amalkan 3 rahsia terlarang ini, supaya iklan anda betul-betul berpengaruh sehingga berjaya “Pukau” bakal pelanggan.

    Apa yang saya kongsikan dalam artikel ni hanyalah cara asas untuk tulis ayat iklan yang berkesan. Saya sarankan, kalau anda nak kuasai seni tukar ayat iklan menjadi senjata yang power untuk “Turbo Charge” kan jualan bulan ni, anda join la Copy Master 2.0.

    >>>Klik sini untuk join Copy Master 2.0 sekarang!
    >>>Klik sini untuk join Copy Master 2.0 sekarang!
    >>>Klik sini untuk join Copy Master 2.0 sekarang!

    ]]>
    http://danialarif.com.my/rahsia-tukar-ayat-iklan-jadi-magnet-pelanggan/feed/ 0
    Cara untuk Tulis Ayat Iklan yang Berpengaruh Seperti Sifu (Walaupun Anda Masih Newbies) http://danialarif.com.my/cara-tulis-ayat-iklan/ http://danialarif.com.my/cara-tulis-ayat-iklan/#comments Wed, 08 Nov 2017 08:23:30 +0000 http://danialarif.com.my/?p=28875

    Nota: Nak belajar macam mana nak buat ayat iklan yang boleh menarik minat bakal pelanggan untuk membeli? Klik sini -> Panduan lengkap cara tulis ayat iklan yang berkesan

    amai yang hadapi masalah tak ada idea nak buat ayat iklan. Kadang-kadang tu sampai hampir 1 jam renung je skrin komputer tu, tapi idea tak keluar-keluar juga.

    Bila dah jadi macam ni, mula la rasa nak give up.

    Ada yang hatinya sado sikit, belum give up. Dia akan pm mana-mana sifu dan minta idea.

    “Pssst… Biar saya dedahkan pada anda satu rahsia besar tentang ayat iklan.”

    Dalam artikel kali ini, saya bakal dedahkan pada anda satu rahsia besar, bagaimana “top-top world class copywriter” buat ayat iklan yang berpengaruh.

    Nota: Copywriter merujuk pada orang yang kerjanya menulis ayat iklan

    …dan apa yang paling best, mereka semua tak pernah fikir pun idea tentang ayat iklan. Tapi, mereka curi idea orang lain!?

    Haa…? Curi? Dari siapa?

    Tarik nafas dalam-dalam dan siapkan mental anda… sebab artikel ni agak panjang. Kalau anda tengah busy, klik je button share, dan share artikel ni di FB anda dulu.

    idea tulis ayat iklan

    Baik, sebenarnya… Semua copywriter-copywriter world class akan buat research dulu sebelum mereka tulis ayat iklan.

    Mereka akan buat ”research” di blog, forum atau social media. Selain tu, kebanyakan masanya mereka juga akan buat “survey” dan bertanya terus pada pelanggan sedia ada.

    Itu lah yang saya maksudkan dengan “Curi” idea.

    Dengan buat “research” dan “survey”, anda tidak perlu berteka-teki lagi tentang idea untuk tulis ayat iklan.

    Berteka-teki dalam membuat ayat iklan sebenarnya adalah ibarat satu perjudian.

    Tapi… soalnya, apa yang perlu anda “resarch”? Kalau nak buat “survey” pula, nak tanya apa?

    Okay, saya akan share 3 perkara penting yang anda perlu korek dari pelanggan sebelum anda buat iklan.

    #1 Masalah Utama

    Saya selalu tekankan perkara ni pada peserta online training Copy Master 2.0…

    Satu perkara yang anda perlu tahu. Manusia membuat keputusan pembelian sebab mereka ada masalah… dan masalah ini pula perlu diselesaikan.

    Hakikatnya, manusia bukan beli produk, tapi kita semua membeli penyelesaian. Sebab tu, penting sangat untuk anda tahu apakah masalah utama bakal pelanggan anda.

    Masalah utama pelanggan biasanya akan dijadikan masej utama dalam iklan anda.

    Tonton video iklan Panadol ni, dan anda akan dapati Panadol jadikan masalah utama pelanggan mereka sebagai masej utama.

    Prinsip ini bukan hanya terpakai untuk tulis ayat iklan di FB je, bahkan ianya adalah prinsip asas bagi apa-apa iklan. (Billboard, video, banner, flyer)

    #2 Kerisauan Pelanggan

    Selain dari masalah utama, bakal pelanggan anda juga membeli satu-satu produk sebab mereka ada kerisauan yang bermain di fikiran mereka.

    Masalah utama menjadi pencetus buat manusia untuk beli satu-satu produk… Tapi, apa yang buatkan bakal pelanggan anda terdorong untuk beli produk adalah kerisauan.

    Ianya ibarat sebuah suis, jika dipetik bakal pelanggan anda akan tergerak untuk buat pembelian.

    Sebagai contoh, si A mungkin membeli ubat kurus sebab dia ada masalah obesiti. Tapi, disebalik masalah obesiti tu, ada kerisauan-kerisauan lain yang menjadi motivasi buat si A untuk beli ubat kurus.

    Mungkin si A pernah kena ejek dan digelar badak sumbu oleh kawannya. Setiap malam sebelum tidur, ejekan itu terngiang-ngiang dalam kepalanya?

    Mungkin?

    Untuk korek kerisauan yang bermain di fikiran bakal pelanggan anda, anda perlu buat research atau jalankan survey.

    #3 Kehendak Utama

    Kalau rujuk pada point #1, masej utama iklan biasanya fokus pada masalah utama bakal pelanggan.

    Tapi, ada masanya manusia tetap membeli satu-satu produk walaupun mereka tak ada apa-apa masalah.

    Selain dari masalah, kadang-kala manusia juga membeli sebab mereka ada kehendak yang tersendiri.

    Sebagai contoh, menutup aurat adalah keperluan. Perempuan beli tudung sebab mereka ada masalah nak tutup aurat.

    Tapi, itu secara asasnya. Kebanyakan perempuan, beli tudung sebab kehendak mereka.

    Mungkin mereka mahu beli tudung sebab nak tampil cantik ke ofis?

    Mungkin mereka beli tudung baru sebab nak “attend wedding” bff dia?

    Mungkin juga dia beli tudung untuk pakai masa dia bertunang nanti?

    Jika produk anda bersifat kehendak, anda perlu tahu apakah kehendak utama bakal pelanggan anda? Mengapa mereka mahukan produk anda?

    Kesimpulan

    Ada 2 perkara yang menjadi faktor manusia buat keputusan pembelian. Samada, mereka mahu selesaikan masalah atau mereka ada sesuatu kehendak yang mahu dicapai.

    Apa pun, untuk ketahui masalah utama, kerisauan dan kehendak bakal pelanggan anda… Anda perlu buat “research”. Kalau dah buat “research” tapi “point” yang anda dapat masih sikit, anda boleh juga buat “survey”.

    Biasanya, anda akan dapat lebih banyak “point”  melalui “survey”. InsyaAllah. =)

    Nota Kaki:

    Apa yang saya share dalam artikel  ni hanya 10% je dari ilmu penulisan ayat iklan. Kalau nak belajar selebihnya, boleh sertai online training Copy Master 2.0.

    Dalam online training ni, saya tunjukkan step-by-step formula lengkap macam mana nak buat ayat iklan untuk tarik lebih ramai pelanggan.

    Klik sini untuk join sekarang -> Copy Master 2.0

     

    ]]>
    http://danialarif.com.my/cara-tulis-ayat-iklan/feed/ 3
    6 Jenis Emosi yang Menjadi Suis Trigger Pelanggan Untuk Membeli Dengan Mudah http://danialarif.com.my/6-emosi-buat-pelanggan-beli/ http://danialarif.com.my/6-emosi-buat-pelanggan-beli/#respond Thu, 12 Oct 2017 11:12:21 +0000 http://danialarif.com.my/?p=28838

    Emosi adalah ibarat suis pembelian. Jika dipetik, ia umpama trigger yang mendorong prospek untuk beli produk/servis anda.

    Manusia analisa tentang sesuatu produk/servis berdasarkan fakta, tapi bukan fakta logik yang menjadi asas manusia untuk buat keputusan pembelian.

    Tapi, emosi yang menjadi faktor seseorang untuk buat keputusan pembelian.

    Kenapa ada orang pilih beli iPhone berbanding smartphone jenama lain?

    Kenapa ada orang nak sangat beli BMW dan bukan kereta-kereta lain. Kereta semua sama saja, tujuan beli kereta adalah untuk mudah bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

    Boleh je beli apa-apa jenis kereta tapi kenapa nak pilih jenama-jenama yang tertentu.

    Semua ini adalah emosi. Bangga, Ego, Bahagia dan anda namakan apa saja emosi yang ada.

    Apa pun ada 6 emosi asas yang boleh digunakan dalam ayat iklan untuk dorong pelanggan beli sesuatu produk/servis.

    #1. Seronok

     

    iklan-emosi-seronok

    Emosi ini banyak digunakan dalam iklan-iklan mainan kanak-kanak dan makanan segera seperti KFC dan McD.

    Cuba tengok iklan mereka, mereka akan tunjukkan ciri-ciri menarik pada mainan mereka. Visual wajah kanak-kanak yang gembira bermain dengan permainan yang mereka keluarkan.

    Sebab tu, KFC dan McD selalu keluarkan mainan-mainan percuma dalam masa terhad sebagai offer.

    #2. Takut

     

    Ketakutan adalah antara emosi yang berkesan untuk buat pelanggan beli sesuatu produk/servis.

    Emosi ini banyak digunakan dalam iklan-iklan insurans. Apa sahaja produk yang melibatkan masa depan, sesuai gunakan emosi jenis ini.

    Apa maksud produk yang melibatkan masa depan ya?

    Maksudnya adalah produk/servis yang outcome tidak nampak sekarang. Tapi, jika tidak dibeli mungkin melibatkan kerugian atau bencana yang besar di masa akan datang.

    Hati-hati jika mahu gunakan emosi ni dalam ayat iklan, ada orang rasa benci jika baca iklan yang terlalu negatif.

    #3. Jijik

     

    Eh? Ada ke orang beli satu-satu produk disebabkan emosi jijik?

    Jangan terkejut, memang ada. Kenapa produk racun lipas boleh laku?

    Kenapa ada orang sanggup gunakan servis pest control walaupun harga ada yang cecah ribuan RM?

    Semua adalah disebabkan emosi jijik terhadap makhluk perosak ni.

    Selain tu?

    Mungkin ada orang rasa jijik tengok jerawat menggerutu di wajah dia? Mungkin ada orang jijik tengok perut dia yang memboyot?

    Tapi, sama juga seperti emosi ketakutan. Perlu sangat-sangat untuk berhati-hati gunakan emosi jenis ni dalam iklan. Takut ada yang tak suka dengan iklan anda dan mereka report pada pihak FB.

    #4. Terkejut

    “Macam mana nak gunakan emosi terkejut dalam iklan?”

    Mungkin ada yang tanya soalan ini dalam hati. =)

    Sebenarnya banyak je iklan yang ada gunakan emosi ini. Caranya adalah gunakan fakta yang mengejutkan pada Headline ayat iklan anda.

    Contoh Headline yang gunakan emosi terkejut:

    “Penemuan Terbaru! Saintis Temui Cara Untuk Kurus Dengan Hanya Makan Buah Kiwi!”

    Headline yang ada unsur kejutan biasanya berkesan untuk tarik perhatian prospek dengan mudah dan pantas.

    #5. Marah

     

    iklan-emosi-marah 

     

    Emosi ini jarang digunakan dalam iklan untuk menjual… Tapi banyak digunakan dalam iklan berbentuk awareness yang bertujuan untuk mendidik prospek tentang produk anda.

    Sebagai contoh, anda menjual produk organik yang bebas dari sebarang bahan kimia berbahaya. Anda boleh gunakan emosi marah pada “content” awareness anda.

    Mungkin anda boleh ceritakan rahsia dan sisi gelap produk-produk yang berbahaya di pasaran.

    Contohnya, anda hasilkan artikel bertajuk:

    “3 Rahsia Gelap yang Syarikat Kosmetik Ternama Tidak Mahu Anda Tahu!”

    Iklan jenis ini adalah bertujuan untuk mendidik dan menyedarkan prospek anda. Anda ingin didik mereka supaya sedar bahawa anda adalah “good guy” dalam pasaran dan anda tidak jahat seperti pesaing lain yang ada di pasaran sedia ada.

    Anda mahu buatkan prospek rasa marah pada produk-produk sedia ada di pasaran dan beralih pada produk anda.

    AMARAN: Anda tidak dibenarkan memburuk-burukkan jenama yang spesifik.

    #6. Sedih

     

    iklan-emosi-sedih

     

    Emosi sedih ada digunakan dalam iklan, tetapi biasanya bukan iklan jualan produk atau servis… Emosi sedih banyak digunakan dalam iklan kempen kesedaran dalam kalangan NGO.

    Biasanya, iklan-iklan kutipan derma oleh organisasi amal banyak gunakan emosi ini.

    Tapi, ada juga iklan menjual yang releven untuk gunakan emosi sedih ini. Antaranya adalah iklan Takaful/Insurans. Ada iklan servis insurans menceritakan tentang nasib anak-anak dan keluarga setelah kematian si ayah, ini apa saya maksudkan emosi sedih pada iklan.

    Kesimpulan

     

    6 emosi ini adalah emosi asas yang ada pada semua manusia. Anda boleh manipulasikan 6 jenis emosi ini untuk digunakan pada iklan anda.

    Bila saya kata iklan, maksud saya ia bukan sahaja merujuk pada ayat iklan, bahkan meliputi juga aspek imej atau video yang anda gunakan sebagai iklan.

    Mulai dari saat ini, anda perlu ingat, untuk buat iklan yang berkesan anda perlu manipulasikan emosi-emosi yang ada pada prospek anda.

    ]]>
    http://danialarif.com.my/6-emosi-buat-pelanggan-beli/feed/ 0
    1 Sebab Kenapa Ramai Peniaga Online Gagal Gandakan Jualan di Whatsapp http://danialarif.com.my/gandakan-jualan-di-whatsapp/ http://danialarif.com.my/gandakan-jualan-di-whatsapp/#comments Wed, 09 Aug 2017 02:59:58 +0000 http://danialarif.com.my/?p=28813

    “Nak tahu kenapa ramai peniaga online gagal untuk gandakan jualan walaupun banyak Whatsapp masuk?

    Dalam video kali ini, saya nak kongsikan 1 sebab kenapa ramai peniaga online gagal gandakan jualan mereka (walaupun mereka berjaya terima berduyun-duyun whatsapp)

    Jika anda mahu gandakan jualan bulan ini juga, maka anda wajib tonton video ini sekarang supaya anda dapat perbaiki kesilapan anda.

    Kesilapan yang saya kongsikan ni adalah sebab utama mengapa ramai peniaga online rugi akibat pelanggan lari dari mereka.

    ]]>
    http://danialarif.com.my/gandakan-jualan-di-whatsapp/feed/ 2